KUANTAN: Membaca buku misteri di sebuah bilik misteri dalam suasana 'seram' antara tarikan baharu menara kedua tertinggi di Malaysia, Kuantan 188 di sini, sempena cuti sekolah.
Bilik itu, yang terletak di ruang legar menara berkenaan menempatkan buku berbahasa Melayu dan Inggeris nukilan penulis genre seram dan misteri terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, John Connolly, Derek Landy dan Stephen King.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) Nor Zahira Muhammad Azmi berkata bilik berkonsep misteri dan seram itu yang dibuka secara percuma bermula hari ini hingga hujung tahun ini, antara lain bertujuan menerapkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
"Buku terlibat dibawa dari Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah di sini dan genre seram serta misteri dipilih kerana kita mendapati buku sedemikian antara buku yang paling banyak menjadi pilihan pengunjung di perpustakaan," katanya.
Nor Zahira berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PPAP dan Kuantan 188 yang diwakili Pengurus Besarnya Khalisa Azman pada Majlis Perasmian Program Mystery Books di menara itu di sini hari ini.
Buku di bilik itu bagaimanapun tidak dibenarkan dibawa pulang, namun jika berminat, pengunjung boleh ke perpustakaan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari menara tersebut untuk proses pinjaman, katanya.
Konsep bilik misteri itu mula diperkenalkan di perpustakaan awam di Bentong dekat sini dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung khususnya golongan remaja kerana dikatakan memberi lebih penghayatan terhadap bacaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Pengunjung membaca buku misteri di sebuah bilik misteri dengan suasana seram yang direka khas antara tarikan baru di menara kedua tertinggi di Malaysia, Kuantan 188. - Bernama
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Membaca di bilik misteri, seram, tarikan baharu Kuantan 188
Bilik berkonsep misteri dan seram itu yang dibuka secara percuma bermula hari ini hingga hujung tahun ini.