TAKBIR adalah satu elemen penting dalam sambutan perayaan umat Islam di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, golongan kelainan pendengaran mungkin tersisih apabila mereka tidak dapat menghayati alunan takbir yang berkumandang. Diinspirasikan oleh cabaran yang dialami oleh golongan tersebut, Maxis telah mencipta aplikasi mudah alih sempena Raya tahun ini, untuk membolehkan golongan kelainan pendengaran menikmati Takbir melalui visual dan getaran buat kali pertama.
Untuk membina aplikasi tersebut, Maxis telah bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk mendalami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komuniti kelainan pendengaran, dan mendapatkan nasihat dan pandangan dari Pegawai Hal-Ehwal Islam dan Imam Masjid Ara Damansara, Uztaz Mohammad Khairul Mohd Lias. Dengan menggunakan ciri-ciri sedia ada dalam iPhone seperti enjin ‘haptic’, aplikasi Deria Takbir berupaya menukar gelombang bunyi secara langsung kepada corak visual ‘cymatic’ dan getaran ‘haptic’, yang membolehkan pengguna merasakan irama dan melodi Takbir.
“Takbir adalah satu bahagian penting solat semasa Aidilfitri, tetapi ia menjadi satu cabaran untuk saya sebagai seorang yang mempunyai kelainan pendengaran untuk mengalami dan menghayatinya. Aplikasi Deria Takbir yang menglibatkan deria penglihatan dan sentuhan kami yang lebih tinggi melalui visual dan getaran, membolehkan kami menikmati Takbir dengan cara yang amat unik. Saya percaya aplikasi ini akan membuat perbezaan dalam kehidupan golongan kelainan pendengaran di Malaysia,” kata Mohamad Sazali Shaari, Presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).
“Di Maxis, kami berusaha menukar perayaan biasa kepada pengalaman yang lebih bermakna, dengan membuka peluang dan potensi teknologi serta memudahkannya untuk diakses oleh semua orang. Kempen ini amat bermakna kepada kami kerana terdapat ramai pihak yang terlibat dalam penciptaan aplikasi ini – dari iPhone untuk akses peranti, MFD kerana memberi kami pandangan yang amat bernilai, Uztaz Mohammad Khairul untuk nasihat dan pandangan beliau, rakan kongsi dan agensi kami dan semua orang yang telah memberi inspirasi kepada kami dalam kempen ini. Kami didorong oleh potensi besar dalam setiap diri manusia dan peranan yang dapat dimainkan oleh Maxis untuk mengupayakan rakyat Malaysia dan Malaysia sebagai sebuah negara. Kempen ini merupakan contoh komitmen yang telah kami buat ke arah ini, dan kami berasa amat berbesar hati untuk menjayakannya sempena musim Raya ini,” kata Tai Kam Leong, Ketua Pemasaran & Pemasaran Maxis.
Bersempena dengan pelancaran aplikasi tersebut, Maxis juga menghasilkan sebuah filem pendek, 'Deria Takbir Raya’, yang menyoroti kehidupan Faiz, seorang budak lelaki dengan kelainan pendengaran. Pada Hari Raya, bapanya memberikannya sebuah iPhone yang mempunyai aplikasi Deria Takbir dan untuk kali pertama dalam hidupnya, Faiz dapat menikmati alunan Takbir. Untuk memastikan kesahihan dari segi pengalaman sebenar yang dialami mereka, filem pendek ini dihasilkan dengan mengambil kira perkongsian yang tidak ternilai dari golongan kelainan pendengaran, dan menampilkan sebuah keluarga sebenar.
Tonton filem di sini.
Untuk menikmati takbir Raya ini di iPhone, aplikasi Deria Takbir boleh dimuat turun di App Store mulai 24 Mei 2019.
Cara menggunakan aplikasi Deria Takbir:
1. Muat turun aplikasi Deria Takbir dari Apple Store
2. Berikan kebenaran kepada aplikasi untuk mengakses mikrofon bagi mengesan bunyi Takbir Raya di sekitarnya
3. Aplikasi Deria Takbir akan menukarkan gelombang bunyi secara langsung kepada corak visual ‘cymatic’ dan getaran ‘haptic’, yang mengikuti irama dan melodi Takbir
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Deria Takbir, sila layari maxis.com.my/DeriaTakbir
Kenyataan Media
Fri May 24 2019

Maxis bermatlamat menyerlahkan potensi dan kemungkinan yang boleh diwujudkan oleh teknologi untuk semua orang di Malaysia. - Foto Maxis
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.