Melihat gelagat anak kadang-kadang buat kita rasa nak tergelak, ada masa terasa juga ‘stress’ datang melanda.

Bagi pengacara popular, Aidid Marcello, 'moment' anak sedang membesar adalah yang paling indah.

Menurutnya, 'moment' seperti ini hanya ketika anak-anak masih kecil dan sedang membesar.

Aidid yang juga suami kepada bekas pembaca berita, Norzie Pak Wan Chek berkongsi video gelagat anak kecil bermain bedak sehingga menutupi seluruh badan.

Dia turut menasihati ibu bapa lain agar tidak tertekan dengan gelagat anak yang sedang membesar.

“Jangan 'stress' dengan anak-anak kita tau.”

“Masa kecik-kecik macam ni sahaja yang banyak 'moment' best, nanti sudah besar sudah tidak ada semua ni,” katanya.

Aidid turut meminta warga maya berkongsi kenangan gelagat anak-anak sewaktu mereka kecil.

“Cuba kongsi sikit, apa perangai kelakar anak korang buat? Hahahaha,” katanya lagi.

Rata-rata warga maya berkongsi gelagat anak yang paling tidak dapat dilupakan.

* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.