Malaysia kini menduduki tempat keempat sebagai negara paling bahagia di Asia dan ke-42 paling bahagia daripada 155 negara di dunia.
Menurut 2017 World Happiness Report, Malaysia naik lima anak tangga daripada tempat ke-47 dalam laporan tahun lepas.
Menurut laporan itu, Singapura, yang diletakkan sebagai negara paling bahagia di Asia, jatuh dari tempat ke-22 ke tempat ke-26 dalam laporan keseluruhan tahun ini.
Negara yang mencatat peningkatan kedudukan ialah Thailand (dari tempat ke-33 ke tempat ke-32), Taiwan (dari 42 ke 33) dan Vietnam (dari 96 ke 94).
Pada tahun ini, Norway mengambil alih kedudukan sebagai negara paling bahagia di dunia daripada Denmark, yang jatuh ke tempat kedua, diikuti Iceland dan Switzerland.
Laporan yang dikeluarkan Sustainable Development Solutions Network untuk Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Isnin itu adalah berasaskan beberapa faktor, termasuk kekuatan ekonomi (diukur mengikut per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar), impak sosial, jangka hayat, kebebasan membuat pilihan, kemurahan hati dan tanggapan tentang rasuah.
Negara diberi ranking dengan menggunakan data purata tiga tahun yang dikumpul, dengan laporan terbarunya meliputi tempoh 2014-2016, melibatkan kira-kira 3,000 responden dari setiap negara yang diminta memberi penarafan mereka tentang penilaian mengenai kehidupan. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 21 2017
Menurut 2017 World Happiness Report, Malaysia naik lima anak tangga daripada tempat ke-47 dalam laporan tahun lepas. - Gambar fail
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Malaysia tersenarai antara negara paling bahagia di dunia
Malaysia kini menduduki tempat keempat sebagai negara paling bahagia di Asia dan ke-42 paling bahagia daripada 155 negara di dunia.