Pengambilan makanan yang tinggi dengan antioksida seperti vitamin C memainkan peranan penting mengekalkan tahap kesihatan.
Selain penting untuk pertumbuhan dan pembaikan sel tisu, ia merupakan elemen penting bagi merawat selesema serta pada masa sama mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit kanser.
Menurut pakar pemakanan, Nurul Aziah Musa masalah tekanan (stress) yang biasa dihadapi golongan urban merupakan punca kekurangan nutrien, khususnya vitamin C.
"Penting untuk kita ambil makanan yang tinggi dengan antioksida, contohnya vitamin C.
"Kita boleh dapatkannya dari buah-buahan. Antara buah yang mungkin kurang popular tetapi mengandungi vitamin C yang tinggi adalah kiwi, selain oren dan epal," kata Aziah
Menurut Aziah, masalah kesihatan yang utama dihadapi penduduk negara ini ialah kardiovaskular, kencing manis dan kanser.
Katanya, penyakit tersebut banyak berhubung kait dengan cara pemakanan seseorang individu selain dari faktor genetik, gaya hidup dan sebagainya.
Apa yang ditekankan Aziah adalah pemilihan makanan yang seimbang iaitu karbohidrat sebagai sumber pemberi tenaga, sumber protein yang rendah lemak dan sumber-sumber mineral serta vitamin daripada sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
Mengulas gaya hidup golongan urban, Aziah mengakui kesibukan mereka merupakan cabaran dalam memilih makanan yang seimbang.
Bagaimanapun Aziah tidak menafikan sikap prihatin golongan itu terhadap pengambilan makanan sihat semakin meningkat.
"Dari segi pemilihan makanan, kita perlu realistik dengan cara hidup kerana kebanyakan golongan penduduk bandar makan seperti di kedai mamak dan makanan ringkas (fast food).
"Kita tidak nafikan masyarakat bandar lebih prihatin ke atas pemilihan makanan. Di pasaraya sekarang, kita boleh lihat sudah ada bahagian yang hanya jual makanan sihat dan trend itu semakin popular.
"Kita perlu mengetahui apa yang perlu dilebihkan atau dikurangkan dalam pemakanan kita," kata Aziah.
Serat juga mempunyai kepentingan dalam pemakanan seharian kerana ia merupakan salah satu unsur makanan yang menyebabkan rasa kenyang lebih lama.
"Penghadaman serat mengambil masa yang lama dalam badan kita. Ia sekali gus boleh menurunkan paras gula dalam darah serta kolestrol.
"Serat boleh didapati dalam semua jenis buah dan sayur yang boleh memberi kesan baik ke atas tubuh badan kita," kata Aziah lagi.
Selain pemilihan makanan, masyarakat Malaysia juga digalakkan untuk meningkatkan aktiviti bersenam.
Aziah menegaskan setiap pihak termasuk kerajaan, pihak NGO serta komuniti terutamanya ibubapa yang memainkan peranan penting dalam memastikan pemilihan makanan seimbang dan gaya hidup aktif diterapkan dalam kehidupan seharian.
Dania Zainuddin
Thu Oct 29 2015
![Makanan yang tinggi antioksida penting untuk kekalkan tahap kesihatan - Pakar pemakanan Makanan yang tinggi antioksida penting untuk kekalkan tahap kesihatan - Pakar pemakanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436610312_VEGETABLES.jpg)
Buah-buahan dan sayur-sayuran antara pemakanan sihat yang dapat membantu mengekalkan kesihatan. - Gambar Fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Sarapan coklat gelap mungkin baik untuk anda - kajian Sarapan coklat gelap mungkin baik untuk anda - kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510901095_Chocolate.jpg)
Sarapan coklat gelap mungkin baik untuk anda - kajian
Laporan Food Business News menyebut kajian berkenaan disokong hasil penyelidikan di Syracuse University yang menunjukkan coklat gelap memberi manfaat kepada otak dari segi daya ingatan dan fokus.
![Durian rangsang syahwat lelaki? Durian rangsang syahwat lelaki?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81489507264_MusangKing.jpg)
Durian rangsang syahwat lelaki?
Kerajaan akan membuat kajian terhadap khasiat memakan durian yang dikatakan memberi kebaikan untuk kesihatan lelaki.
![FRIM kenal pasti 25 spesies tumbuhan ubatan untuk prototaip FRIM kenal pasti 25 spesies tumbuhan ubatan untuk prototaip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81451985227_hutanmalaysia.jpg)
FRIM kenal pasti 25 spesies tumbuhan ubatan untuk prototaip
Sebanyak 25 spesies daripada 500 tumbuhan ubatan dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai produk prototaip yang boleh dikomersialkan, sidang Dewan Negara diberitahu hari ini.
![Makanan yang tinggi antioksida penting untuk kekalkan tahap kesihatan - Pakar pemakanan Makanan yang tinggi antioksida penting untuk kekalkan tahap kesihatan - Pakar pemakanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436610312_VEGETABLES.jpg)
Makanan yang tinggi antioksida penting untuk kekalkan tahap kesihatan - Pakar pemakanan
Pengambilan makanan yang tinggi dengan antioksida seperti vitamin C memainkan peranan penting mengekalkan tahap kesihatan.