MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi penjelasan sebenar hukum bermain mercun ketika meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jelasnya, berdasarkan banyak nas mendapati bahawa hukum mercun adalah haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam.

"Sudah sampai masanya semua pihak berganding bahu membasmi budaya mercun.

"Saban tahun pengulangan kisah duka, hiba dan kesedihan sentiasa berlaku. Islam mengajar kita saling menasihati agar kehidupan sentiasa harmoni," katanya menerusi Instagramnya.

Ujarnya, membakar mercun di negara ini adalah diharamkan seperti mana termaktub dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991.

Penguatkuasaan undang-undang ini akibat peningkatan kadar kecederaan dalam kalangan kanak-kanak.

Teks: Elrafaei Sapi
Foto: Ismaweb.net