LAZIMNYA, jika di Australia, haiwan seperti kanggaru dan beruang koala lebih popular namun sejak beberapa tahun lepas, muncul pula satu trend berswafoto dengan haiwan.
Menariknya, haiwan tersebut bukanlah seperti yang disebutkan di atas tetapi ia adalah quokka, nama yang jarang didengar namun semakin popular dalam kalangan pencinta haiwan.
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.
Bukan kerana haiwan itu pandai senyum namun bentuk mulutnya memang begitu dan kadangkala ketika mereka bernafas laju, membuka mulut dengan luas, kelihatan seperti mereka memberi kita senyuman lebar.
Mari kita kenali serba sedikit haiwan yang bernama quokka ini yang mempunyai badan bulat dan padat, panjangnya sekitar 40 hingga 54 sentimeter.
Badan mereka pula dilitupi dengan bulu berwarna kelabu-coklat pendek, teksturnya agak kasar dan mempunyai telinga bulat yang kecil serta hidung hitam.
Haiwan comel itu banyak didapati di Pulau Rottnest, berhampiran Perth, Australia dan sekumpulan kecil quokka juga mendiami kawasan Australia Barat dan Pulau Bald, sebuah pulau kecil di negara itu.
Quokka adalah herbivor yang biasanya makan pada waktu malam, daun, batang pokok dan banyak tumbuhan lain, semuanya menjadi makanan haiwan marsupial ini.
Menurut laporan Hindustan Times, seorang pengguna laman sosial Instagram, @cruzysuzy berkongsikan videonya bersama haiwan itu.
Video tersebut menunjukkan seorang wanita (dipercayai pemilik akaun tersebut) merakam video bersama quokka dan bila dilihat profilnya, banyak gambar dan video quokka ada dalam akaun berkenaan.
Bukan saja wanita berkenaan berswafoto dengan quokka malah ramai yang melakukannya dan jika dibuat carian di internet, dengan mudah anda boleh menjumpai “quokka selfie”, sudah menjadi trend juga.
Berikut antara fakta menarik haiwan comel ini:
1) Seperti juga kanggaru, quokka bergerak dengan melompat atau bergerak menggunakan tangan mereka.
2) Anda mungkin banyak melihat haiwan ini di tanah tapi mereka boleh memanjat pokok - setinggi dua meter - jika perlu, terutamanya untuk mendapatkan makanan.
3) Mereka dapat hidup selama berbulan-bulan tanpa air dan makanan dengan menyimpan lemak di dalam ekor mereka.
4) Quokka biasanya aktif pada waktu malam, masa siangnya banyak dihabiskan dengan berehat dan tidur tapi kadangkala mereka juga aktif pada waktu siang.
5) Badan bulat, wajah comel, rasa macam nak pegang saja tapi jangan! Anda dilarang memegang quokka kerana ia akan membuatkan mereka sakit malah anda boleh didenda juga.
6) Quokka sentiasa nampak gembira apabila melihat anda namun ia bukanlah kerana anda tapi kerana makanan, mengharapkan ada makanan untuk mereka.
7) Quokka adalah spesis yang terancam, di ambang kepupusan dan itulah sebabnya anda tidak boleh menyentuh mereka sesuka hati, memberi makan atau mengganggu mereka.
8) Kelihatan kecil dalam gambar namun saiznya hampir sebesar seekor kucing kecil.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sun Jan 24 2021
Bukan kerana haiwan itu pandai senyum namun bentuk mulutnya memang begitu dan kadangkala ketika mereka bernafas laju, membuka mulut dengan luas, kelihatan seperti mereka memberi kita senyuman lebar. - Foto Instagram
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
Lirikan senyuman quokka, jadikannya haiwan paling gembira di dunia
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.