Ditambah dengan keadaan ketika ini yang memerlukan rakyat merancang kewangan mereka, pastinya kereta yang memenuhi ciri-ciri ‘mesra poket’ menjadi keutamaan.
Selain itu, untuk mereka yang lasak dan mempunyai gaya hidup yang memerlukan anda bergerak dengan pantas dari satu lokasi ke lokasi lain, kenderaan ini pilihan tepat untuk anda!
Ativa, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) pasti menjanjikan kepuasan dan kesempurnaan kepada si pemilik.
Baru-baru ini, Astro AWANI berpeluang memandu uji dan merasai sendiri pengalaman menaiki kereta tersebut.
Jadi, nak tahu apa yang menarik? Ini lima perkara kami senaraikan untuk anda!
1. Pemanduan yang bertenaga, selesa dan selamat
Ativa adalah kenderaan cas turbo pertama dan juga model pertama Perodua yang menggunakan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT).
Ditawarkan dengan enjin 1.0 liter turbo DOHC tiga silinder yang menawarkan 98 kuasa kuda (hp) dan tork puncak 140 Nm.
Dari segi keselamatan pula, ia didatangkan dengan Perodua Smart Drive Assists (PSDA) yang menawarkan Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 3.0, Driving Assist, Parking Assist dan Headlamp Assist.
ASA 3.0 berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi sehingga 120 km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki berbanding sistem ASA 2.0 semasa, dan kini boleh mengesan kenderaan beroda dua serta berfungsi pada waktu malam.
Ia terdiri daripada Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.
Selain itu, bagi memastikan pemanduan lebih lancar, Driving Assist menawarkan ciri seperti Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Adaptive Cruise Control, Lane Keep Control dan Blind Spot Monitor.
PSDA turut dilengkapi Parking Assist untuk memudahkan anda meletakkan kereta, seperti Front Corner Sensor, Rear Corner Sensor, Reverse Camera dan Rear Cross Traffic Alert.
Di samping itu, untuk memastikan keselamatan pemanduan ketika berada di jalan raya, ia juga hadir dengan ciri Headlamp Assist, iaitu Auto High Beam dan Adaptive Driving Beam.
2. Jimat minyak, jimat duit!
Mempunyai kecekapan bahan api sehingga 18.9 km/l, menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima Perodua.
3. Ruang dalaman yang best!
Ia direka khas dengan susun atur butang yang selesa untuk digunakan dan memiliki ruangan luas meliputi 4,065 millimeter panjang, 1,710 millimeter lebar dan 1,635 millimeter tinggi.
Bagi varian tertinggi H dan AV didatangkan dengan Adaptive Driving Beam, paparan pelbagai maklumat info TFT tujuh-inci dan sistem infotainmen skrin sesentuh sembilan-inci dengan pengesanan suara.
4. Imej yang ‘sporty’ dan aktif
Ativa berasal daripada bahasa Portugis yang bermaksud ‘aktif’ dan yakin bahawa model ini sesuai dengan gaya hidup aktif di kawasan-kawasan pesat membangun.
5. Reka bentuk unik
Dari segi luaran, ia didatangkan dengan rekaan lampu depan LED pintar dan Sequential Side Turn Signal yang pada kebiasaannya hanya terdapat pada kereta-kereta premium. Teknologi tersebut membolehkan signal yang dinyalakan dapat dilihat secara lebih jelas serta pada kelasnya tersendiri.
Ia turut dilengkapi rim aloi bilah 17 inci dan rekaan lampu belakang menonjol dengan kombinasi LED tail lamp.
Sejak dilancarkan pada Mac lalu, harga rasmi ditawarkan antara RM61,500 hingga RM72,000, atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk insuran).
Perodua menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk mengunjungi mana-mana pusat jualannya di seluruh negara untuk melihat, merasai dan memandu uji Perodua Ativa.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan SUV lebih kompak, segak mata memandang dan semestinya memenuhi segala keperluan gaya hidup anda hari ini!
Tunggu apa lagi? Jom!
Info
Harga atas jalan tanpa insurans Perodua Ativa:
- Varian X - Warna Metalik (Glittering Silver/Granite Grey/Cobalt Blue): RM61,500
- Varian H - Warna Metalik (Glittering Silver/Granite Grey/Cobalt Blue): RM66,100
- Varian H - Warna Metalik Khas (Pearl Diamond White/Pearl Delima Red): RM66,600
- Varian AV Warna Metalik (Glittering Silver/Granite Grey): RM71,200
- Varian AV Warna Metalik Khas (Pearl Diamond White/Pearl Delima Red): RM71,700
- Varian AV Warna Metalik Khas dwi-tona (Pearl Diamond White/Pearl Delima Red): RM72,000
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.