PORT DICKSON: Pereka fesyen Hatta Dolmat sekali lagi akan tampil dengan kelainan tersendiri mengayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.
Hatta berkata sebagai persiapan bagi pementasan pertunjukan fesyen itu nanti, seramai tujuh finalis Miss Universe Malaysia 2022 turut bersama-sama menjayakan kempen melestarikan alam sekitar membersihkan pantai dengan mengutip sisa plastik di sekitar pantai Port Dickson menerusi program Ocean'Us Sustainable Ecotourism Beach Clean Up 2022.
Beliau berkata program anjuran kali kedua bersama Ocean Hero Conservation itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan fesyen dalam melestarikan alam sekitar bagi mengurangkan pembuangan sisa plastik di kawasan pantai.
"Sebelum ini koleksi yang saya cipta lebih menyasarkan golongan muda, tapi kali ini kita akan bawakan pembaharuan yang lebih segar dan mesra semua peringkat umur terutamanya golongan dewasa dan korporat.
"Hasil kutipan semalam kami dapat mengumpul dan mengasingkan sembilan guni bersaiz besar berisi 96 sisa botol plastik dan terdapat juga sisa lain seperti styrofoam, pelitup muka dan lain-lain. Anggaran 14 meter kain dapat dihasilkan daripada 96 botol plastik yang diperoleh," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata sisa botol plastik yang dikumpulkan pada program tersebut akan disusun, kemudian dipilih sebelum dihantar kepada KLOTH Cares untuk diproses menjadi fabrik.
Katanya, antara produk yang dapat dihasilkan adalah pakaian lengkap, beg, kasut, topi dan sebagainya.
"Bagi golongan korporat, saya akan menghasilkan pakaian yang bersesuaian untuk mereka seperti blazer, kasut dan pelbagai lagi yang lebih 'high fashion' menggunakan fabrik kitar semula ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata inisiatif program seperti ini dapat merancakkan ekonomi pelancongan negara kerana trend masyarakat kini yang lebih mementingkan kebersihan alam sekitar.
"Malaysia terkenal dengan ekopelancongan. Program kesedaran seperti ini penting kepada masyarakat agar sektor pelancongan negara dapat dipertingkatkan," katanya.
Iskandar Mirza berkata Tourism Malaysia sedang giat mempromosikan pakej pelancongan negara ini ke India dan negara-negara Asia Barat sebagai usaha meningkatkan semula sektor itu.
"Ia selaras dengan sasaran dua juta pelancong asing yang dijangka melawat negara pada tahun ini. Kedatangan pelancong luar untuk bercuti ke negara ini juga semakin bertambah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Hamzah (tiga, kanan)bergambar bersama Miss Universe Malaysia 2022 selepas melakukan kutipan sisa sampah yang boleh dikitar semula di sekitar persisiran pantai sempena program 'Beach Clean-Up, Road To KL Fashion Week 2022, pada Rabu. - Foto BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Inilah kostum kebangsaan Miss Universe Malaysia berinspirasikan Gunung Kinabalu!
Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam bakal menyarung persalinan berinspirasikan gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu untuk pertandingan Miss Universe.

Lestarikan alam sekitar menerusi fesyen - Hatta Dolmat
Hatta Dolmat sekali lagi tampil dengan kelainan tersendiri mengayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.

Bakal berkahwin, pereka fesyen Rizman sambut parti bujang atas kapal mewah The Ocean 7
Tahniah!