Nama Zulkifly Maidinsah, bukanlah satu nama yang dikenali ramai malah dia juga bukanlah seorang atlet yang hebat di dalam sukan air mahupun renang.
Namun, pesara berusia 56 tahun itu mempunyai kemahiran yang boleh disifatkan luar biasa apabila mampu melakukan pelbagai aksi mengapungkan diri di dalam air selama berjam-jam lamanya.
Menurut Zulkifly yang turut dikenali sebagai Pak Ngah, berkata dia mampu mengapungkan diri dengan berdiri secara statik ataupun sambil berbaring dan juga berjalan di dalam air tanpa kakinya mencecah lantai kolam.
Katanya, kemahiran yang ada pada dirinya tidak pernah dipelajari dari mana-mana jurulatih sebaiknya wujud secara semulajadi.
“Apa yang Pak Ngah belajar selama ini secara semula jadi. Pak Ngah ucapkan terima kasih kepada USM kebenaran menggunakan kolam ini. Pak Ngah bukan ahli silap mata, Pak Ngah buat secara semula jadi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kompleks Renang Universiti Sains Malaysia hari ini.
Zulkifly berkata, bakat mengapungkan diri itu mula disedari beliau sejak lima tahun lalu.
Katanya dia menyedari mampu mengapungkan diri dalam tempoh yang lama ketika mandi disebuah kolam dan cuba mempraktikkannya sehingga hari ini.
Ujarnya, dia pernah melakukan aksi berkenaan selama tiga jam dan yakin mampu melakukannya lebih lama lagi bergantung kepada keadaan dan waktu yang sesuai.
Zulkifly berharap dapat mencipta nama di dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR) sekiranya tiada mana-mana individu yang mampu melakukan kemahiran itu di dalam tempoh yang lebih lama.
Astro Awani
Wed Jan 18 2017

Perenang Zulkifly Maidinsah, 56, menunjukkan aksi pengapungan badan di kolam renang Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. - Foto Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Lelaki tunjuk keupayaan apung badan berjam-jam dalam air
Pesara berusia 56 tahun itu mempunyai kemahiran yang boleh disifatkan luar biasa apabila mampu melakukan pelbagai aksi mengapungkan diri di dalam air selama berjam-jam lamanya.