ZAMAN sekarang ini diakui ramai antara kita melakukan pelbagai pekerjaan untuk mendapatkan rezeki.

Apatah lagi dengan kehidupan yang kian mendesak kini, ada antaranya akan mencari satu kelainan atau perkara kreatif untuk memastikan mampu mendatangkan sumber pendapatan.

Umpamanya seperti lelaki ini menjadi tukang beratur yang profesional hingga mendatangkan pendapatan yang lumayan buat dirinya.

Lelaki berusia 31 tahun ini yang dikenali sebagai Freddie Beckitt meraih pendapatan 160 pound (RM903) sehari dengan membuat pekerjaan sebagai tukang beratur.

Kerjanya hanya perlu beratur dan kebiasaannya pelanggannya terdiri daripada orang kaya dan berduit yang tidak rajin atau tidak mahu menunggu dan perlu beratur terlalu lama ketika membeli belah.

Difahamkan bahawa tiga tahun yang lalu Freddie Beckitt adalah seorang penulis fiksyen sejarah dari Fulham, di United Kingdom.

Untuk menambah pendapatan bulanannya, dia telah bekerja sebagai tukang beratur untuk menunggu dalam barisan bagi pihak pelanggan yang kaya.

Dalam sehari dia pernah juga meraih pendapatan 20 pound (RM112) sejam dan dia juga berharap dapat beratur lebih lama agar dapat upah yang lebih tinggi.

“Saya sanggup beratur panjang janji ada yang sudi membayar saya untuk melakukan tugas tersebut.

"Saya juga mengiklankan perkhidmatan saya di dalam aplikasi Taskrabbit yang menawarkan pelbagai pekerjaan pelik dan pelanggan hanya pilih perkhidmatan yang mereka inginkan. “

“Saya juga pernah beratur sampai lapan jam untuk membeli tiket pertunjukan V7A Christian Dior.

"Masa sebenarnya hanyalah tiga jam, tapi pelanggan minta saya ambil tiket dan tunggu mereka tiba di acara tersebut.

"Saya tak kisah asal dibayar 20 pound sejam.”

Freddie bercerita lanjut lagi, kebanyakkan pelanggan yang menggunakan khidmatnya adalah merupakan golongan atasan yang tidak rajin untuk beratur panjang dan tidak sabar pula untuk menunggu, terutamanya dalam usaha untuk mendapatkan tiket atau pass masuk untuk sebarang acara popular.

Sumber : Odditycentral.com

Artikel asal di portal Keluarga