PASTI anda akan merasa teruja apabila ingin berkunjung ke luar negara.
Dan sudah pasti juga, banyak perancangan yang akan dilakukan untuk memastikan segalanya berjalan lancar, dari aspek penginapan sehinggalah ke lokasi tarikan, hinggalah ke hentian untuk menjamu selera.
Bersempena pusingan kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam pada Sabtu (15 Disember), Astro AWANI ingin berkongsi lima restoran halal yang boleh anda kunjungi sewaktu berada di Hanoi,Vietnam.
Semua cadangan ini dan banyak lagi boleh anda kunjungi pada sebelum, semasa atau selepas hari perlawanan. Gunakanlah telefon pintar dengan mod perayauan antarabangsa di tangan anda. Pastinya ia boleh dimanfaatkan untuk membantu pergerakan anda.
RedHouse
Kalau anda ingin makan makanan tradisional Vietnam dan Singapura yang sedap, apa kata anda berkunjung ke RedHouse Hanoi yang pasti akan memberikan satu pengalaman yang sangat menarik untuk anda.
Antara yang menarik yang anda boleh dapati di sana ialah nem cuon atau goi cuon (salad popia) dan juga anda perlu rasa makanan lautnya yang sangat sedap seperti Singaporean chilli crab, baby squid, dan nasi goreng seafood.
Untuk ke restoren RedHouse, anda hanya perlu ke alamat ini: 6 Hàm Long, Phan Chu Trinh, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam. RedHouse dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga 2 petang sebelum mereka menyambung kembali beroperasi pada 4.30 petang.
Namaste
Jika mencari makanan dengan pengaruh rempah ratus India, sila ke resotran ini. Jika di Malaysia, kita juga sudah terbiasa dengan makanan seperti roti canai dan roti naan. Jadi, kunjungan ke Namaste untuk menikmati makanan seumpamanya pasti tidak terasa asing.
Jika anda ingin berkunjung ke Namaste anda boleh pergi ke alamat ini 46 Thợ Nhuộm, Trần Hưng Đạo, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam dan memuaskan keinginan selera Asia Selatan anda.
1001 Nights
Kalau anda berminat untuk merasai makanan Asia Barat di Vietnam, apa kata anda singgah di restoran 1001 Nights untuk mengisi perut dengan hidangan lazat seperti ayam dan daging panggang dan dihidang dengan nasi mandy atau khabsa. Mungkin juga anda meminati hummus, roti bawang putih, tabouleh dan sebagainya.
1001 Nights terletak di 37 Xuân Diệu, Quảng An, Tây Hồ, Hà Nội, Vietnam dan tamat beroperasi pada pukul 1 pagi. Mungkin, dengan operasi malam yang lebih panjang ini, anda bersama teman-teman ataupun keluarga sempat untuk datang dan mula membuat pesanan.
Restoran Dlion
Jika keinginan 'tekak' anda tetap mahu mencari makanan Melayu, jangan risau. Anda boleh mencari restoran Dlion yang terletak bersebelahan Stesen Kereta Api Hanoi dan bertentangan dengan Mercure Hanoi Hotel.
Dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, restoran ini menyediakan masakan halal ala Vietnam, Malaysia, dan Singapura.
Hidangan yang mesti dicuba adalah seperti pho, Vietnamese spring roll atau masakan yang disediakan dalam periuk kecil menerusi pilihan hot pot. Bagi penggemar ketam, cuba hidangan ketam masak pedas yang dimakan bersama kepingan baguette. Sebagai pelengkap, nikmati juadah itu semua dengan menghirup susu kocak kopi dan teh tarik.
Cafe Đinh
Kalau anda seorang pencinta kopi, apa kata anda singgah ke Cafe Đinh kerana mereka menyajikan kopi Vietnam yang sangat sedap pada harga yang berpatutan. Sesudah penat bersiar-siar keliling kota Hanoi, hargai saki-baki detik percutian anda dengan menghirup kopi yang beraroma istimewa.
Cafe Đinh beroperasi seawal 7.30 pagi dan terletak di alamat 13 Đinh Tiên Hoàng, Hàng Trống, Hoàn Kiếm.
Semoga maklumat ini dapat serba sedikit menjadi panduan gastronomi anda ketika berada di Hanoi. Teruskan menyokong skuad Harimau Malaya di mana jua kita berada.
#WeBelangTogether!
Asyraf Roslan
Fri Dec 14 2018
Pelbagai hidangan menarik boleh anda cuba ketika berada di Hanoi, Vietnam. - Instagram/@DeinAfi,@davidthefoodie
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Taufan Yagi ragut 141 nyawa, 59 hilang di wilayah utara Vietnam
Setakat pagi Rabu, Taufan Yagi dan kejadian tanah runtuh serta banjir telah meragut 141 nyawa manakala 59 hilang di wilayah utara Vietnam.
56 maut kebakaran pangsapuri di Hanoi, Vietnam
Kebakaran sebuah blok pangsapuri di ibu negara Vietnam, Hanoi telah mengorbankan 56 orang dan mencederakan 37 yang lain setakat petang Rabu.
Puluhan maut kebakaran pangsapuri di Hanoi, Vietnam
Kebakaran berlaku di tingkat pertama blok pangsapuri sembilan tingkat di mana 150 orang tinggal, di kawasan Khuong Dinh, daerah Thanh Xuan.
Konsert BLACKPINK di Vietnam diteruskan
"Jelajah Dunia Blackpink 2023" akan diteruskan seperti yang dirancang di Stadium My Dinh di Hanoi selama dua hari bermula 29 Julai.
Anwar lawat Book Street di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat Book Street di Jalan 19/12 di Hanoi.
Hanoi larang pelawat kunjungi kedai kopi di sepanjang landasan kereta api
Hanoi melarang kunjungan ke kedai-kedai kopi yang memenuhi sepanjang landasan kereta api, destinasi popular bagi ramai pelawat asing, untuk memastikan keselamatan pengunjung.
Cuaca sejuk, berangin ujian buat skuad Harimau Malaya di Hanoi
Jika pemain mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri, ia mungkin mampu mengancam kualiti persembahan mereka.
Sukan SEA Hanoi ditutup dengan penuh warna-warni
Sukan SEA Ke-31 dengan rasminya berakhir dengan obor temasya itu dipadamkan, dalam majlis penutup yang penuh warna warni dan bertenaga di Hanoi Indoor Games Gymnasium, di sini malam ini.
Sukan SEA Hanoi: Syabas sasaran dicapai, namun kurang 'gah'
Malaysia berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus meraih tempat keenam keseluruhan.
Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Luqman memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa.