Ini terbukti apabila semakin banyak haiwan peliharaan dibawa berjumpa doktor haiwan atas masalah berkaitan tabiat dan psikologi.
Kajian mendapati kebanyakan haiwan peliharaan sebenarnya 'berjuang' untuk berada bersama pemiliknya pada siang hari.
Tempat selamat atau tenang yang sebelum ini menjadi lokasi persembunyian mungkin telah diubah menjadi pejabat. Jadi, si bulus tidak lagi mempunyai tempat khusus untuk dirinya.
Masalah lebih teruk jika kucing menjadi takut atau gelisah apabila berdampingan dengan anak-anak kecil.
Kebiasaannya, kucing akan mempunyai waktu senggang kira-kira tujuh jam di mana ia 'terpisah' daripada kanak-kanak pada siang hari.
"Kucing adalah spesies haiwan yang suka bersendirian.
"Ia biasanya berinteraksi dengan manusia mengikut waktu sendiri dan mahukan kawalan penuh terhadap interaksi tersebut," kata JoAnna Puzzo, pegawai kebajikan haiwan di sebuah pusat penjagaan haiwan.
Berikut tanda-tanda yang perlu diperhatikan untuk mengesan jika kucing anda tertekan:
- Bulu menjadi kusam, gugur
- Menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah
- Kerap menyembunyikan diri
- Menunjukkan tindak balas seperti terkejut, seperti melompat walaupun terhadap bunyi yang tidak begitu kuat
- Pura-pura tidur untuk elak interaksi dengan anda
- Perubahan selera makan, sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak
- Over-grooming atau malas grooming
- Buang air kecil dan besar bukan di tempat sepatutnya
- Mundar-mandir atau gelisah
- Kurang interaksi dengan manusia
Jika kucing anda simptom-simptom ini, segera bawa ia bertemu doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat.
Anda juga boleh cuba beberapa langkah seperti menyediakan satu ruang khas yang sunyi dan selesa untuk kucing anda bermain.
Cuba sedaya upaya untuk menjaga rutin di rumah seperti biasa, dan cuba elakkan membawa rakan atau ahli keluarga dalam jumlah yang ramai ke rumah.
Paling penting, anda sebagai pemilik janganlah terasa hati. Kucing anda sayangkan anda, tetapi seperti manusia, ia juga kadangkala perlukan ruang.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !