Dengar sahaja jamu, pasti setiap daripada kita akan terbayang akan ramuan rempah ratus yang mempunyai aroma yang kuat dan rasa yang buat kita berfikir dua tiga kali untuk mengambilnya.

Itulah yang persepsi saya yang pertama apabila mendengar tentang Kopi Massala iaitu Kopi yang dicampur bersama jamu, resepi turun temurun dari generasi ke generasi selama 150 tahun.

Blue Oak Valley, syarikat yang mengeluarkan Kopi Massala dan produk lain berasaskan bahan organik, seperti barang mandian, pencuci, dan bahan mandian untuk bayi, mengorak langkah setapak lagi dengan mengeluarkan produk kopi ini.

Lilly Rahim pengasas syarikat Blue Oak Valley bersama suami Yasin Karim merupakan pengasas bersama syarikat ini. - (Foto oleh: Blue Oak Valley)

Menurut pengasas Blue Oak Valley, Lilly Rahim, beliau memulakan perniagaan sekitar lapan tahun yang lalu dan mereka mendapat idea untuk memulakan perniagaan organik ini apabila suami beliau yang juga merupakan pengasas bersama mempunyai masalah kulit yang agak sensitif.

Hasilnya, barangan produk yang dikeluarkan adalah keluaran organik tanpa bahan kimia, sesuai untuk semua lapisan manusia.

Lilly menambah, dia sukakan produk berasaskan keaslian semulajadi yang lebih selamat dan berkesan.
Adalah menjadi aspirasi buatnya untuk menyebarkan kesedaran tentang produk semulajadi yang organik demi kesejahteraan dan kesihatan warisan anak cucu.

Kopi bersama jamu diadun menjadi kopi yang enak - (Foto oleh: Blue Oak Valley)
Kopi Masala baginya lain dari yang berada di pasaran kerana kopi ini mempunyai campuran biji kopi yang diimport khas dan daripada gred terbaik dan aroma jamu yang menusuk.

“Saya sendiri menangis masa nak buat resipi ni, pedih mata sebab aroma jamunya terlalu kuat, kalau dulu satu sudu,dengan menggunakan formula jamu ini, setengah sudu pun dah cukup.”ujar Lilly yang mengaku mengambil masa selama enam bulan untuk mendapatkan ramuan yang sesuai.


Kopi Masala berperisa Mocha - (Foto oleh: Blue Oak Valley)

Selain bahan yang diimport khas dari luar negara, keistimewaan kopi Masala ini tidak menggunakan produk bukan tenusu juga pemanis semula jadi dan mempunyai dua perisa, Mocha dan Kopi.

Penggemar kopi Masala, Hany Hashim pula berpendapat sewaktu kali pertama merasai kopi ini dia mula jatuh cinta,kerana kombinasi yang sempurna dan sentuhan gula yang semula jadi.

Antara aturan meminum kopi Masala ialah dengan meminum tidak lebih 3 hari sehari kerana ia boleh mengakibatkan kepanasan dalam badan.

Kopi Masalla mampu memberikan tenaga dan baik untuk peredaran darah. Bagi pengguna lelaki, kopi ini sesuai untuk usus, meningkatkan tenaga, membersihkan sistem dalaman dan menghindarkan bau badan.

Untuk wanita pula, selain menambahkan tenaga, ia juga mampu mengawal kitaran haid. Ia juga boleh digunakan sebagai kontraseptif dan juga untuk mempercepat pemulihan selepas bersalin. Kopi ini juga mampu meningkatkan pengeluaran susu.

Kopi Masalla dijual di dalam sachet dan senang dibancuh.