KUALA LUMPUR : Khas dicipta buat peminat aktiviti lasak!
Syarikat peneraju perkhidmatan sukan berbasikal Cyclelogy baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat pembuat kaca mata antarabangsa, React Swiss Eyewear yang mana menampilkan inovasi kaca mata berteknologi tinggi.
Dalam kenyataan bersama Cyclelogy dan React berkata, inovasi ini adalah yang pertama di pasaran Malaysia.
Dengan rekaan yang elegan, kaca mata itu dipadukan dengan beberapa fungsi yang menggabungkan teknologi terkini.
"Beberapa teknologi yang dipadankan dengan kaca mata ini, ia dapat menukar sinaran infrared ke tenaga elektrik dalam memastikan keselesaan pengguna terutama peminat sukan berbasikal yang terdedah kepada pelbagai jenis cahaya luar.
"Selain itu, kaca mata ini turut dilengkapi teknologi yang digelar Shadetronic LCD yang mana mampu mengubah pencahyaan kaca mata dalam masa 0.1 saat, dari gelap ke terang.
"Antara lain, meskipun dilengkapi dengan pelbagai teknologi, kaca mata ini tidak menggunakan batteri, sekali gus mengurangkan kesannya kepada alam sekitar," memetik kenyataan itu.
Ujar kedua-dua syarikat ini lagi, kaca mata itu dicipta untuk tahan lasak.
Justeru memberi nilai tambah kepada pengguna terutama buat mereka yang menggemari sukan ekstrem.
Ujarnya, kaca mata ini boleh didapati dalam pelbagai warna yang trendy dan terkini.
Dalam pelancarannya pada Jumaat lalu, kedua-dua syarikat ini turut mengumumkan bekas atlet sukan golf, Alwi Kamaruddin sebagai dutanya di Malaysia.
Nickyson Nyambar
Tue Aug 29 2023
Pengurus Cyclelogy Bangsar ketika majlis pelancaran kaca mata itu baru-baru ini turut mengumumkan bekas atlet sukan golf, Alwi Kamaruddin sebagai duta kolaborasi itu. - Gambar Cyclelogy
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di ICA
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli dari China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.Buletin AWANI
[TERKINI] Malaysia negara pertama pilihan PM Jepun - Anwar
Malaysia merupakan negara pertama yang dipilih oleh Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba untuk lawatan kerja bilateral sejak dilantik semula sebagai PM Jepun pada November 2024.TERKINI, Anwar Ibrahim, Ishiba Shigeru, Buletin AWANI
Impian Trump rampas Greenland tidak masuk akal
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak cadangan Presiden terpilih, Donald Trump untuk merampas Greenland dan menyifatkan rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal sama sekali.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
Kolaborasi Cyclelogy X React tampilkan kaca mata berteknologi tinggi, tahan lasak
Kaca mata ini dilengkapi teknologi digelar Shadetronic LCD yang mana mampu mengubah pencahayaan kaca mata dalam masa 0.1 saat!