KUALA LUMPUR: Acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) akan membuat kemunculan semula secara fizikal dengan penuh bergaya tahun ini di Pavilion Kuala Lumpur di sini, menampilkan lebih 40 koleksi pakaian sedia pakai pereka tempatan, dari 17 hingga 22 Ogos.
Pengasas KLFW Andrew Tan berkata edisi ke-10 KLFW itu bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia dalam menyesuaikan diri, berkembang dan meningkatkan produktiviti, inovasi serta kreativiti secara berterusan.
Beliau berkata sejak pelaksanaannya pada 2013, KLFW telah menyediakan platform untuk pereka Malaysia dan industri fesyen tempatan bersatu, meraikan dan menghormati setiap koleksi pereka fesyen tempatan.
"Apabila saya mulakan KLFW pada tahun 2013, saya tahu bahawa ia akan menampilkan risiko besar dan usaha yang gigih.
"Saya bangga untuk mengatakan bahawa KLFW telah mencapai semua parameter yang telah kami tetapkan untuk diri kami sendiri, dan pada 2022 ini, memasukan edisi ke-10, ia adalah penganjuran fesyen yang cukup menakjubkan," katanya pada majlis pelancaran media acara pada Khamis.
Tan berkata antara pereka yang dijangka menyertai Minggu Fesyen ini ialah Innai Red, Farah Khan, Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Rizman Ruzaini serta senarai pereka yang sedang meningkat naik dalam negara.
Pada tahun 2020 KLFW telah mengadakan pertunjukan fesyennya secara dalam talian, manakala tahun lepas, ia telah dianjurkan secara digital dan fizikal dengan kehadiran yang terhad disebabkan oleh pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
![KLFW 2022 kembali untuk edisi kesepuluh bermula 17 Ogos KLFW 2022 kembali untuk edisi kesepuluh bermula 17 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659623195_AndrewTan.jpg)
Andrew Tan berucap pada majlis pelancaran media acara Kuala Lumpur Fashion Week pada Khamis. --fotoBERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![KLFW 2022 kembali untuk edisi kesepuluh bermula 17 Ogos KLFW 2022 kembali untuk edisi kesepuluh bermula 17 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659623195_AndrewTan.jpg)
KLFW 2022 kembali untuk edisi kesepuluh bermula 17 Ogos
Edisi ke-10 KLFW itu bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia
![KLFW 2021 gabungan fesyen dan warisan KLFW 2021 gabungan fesyen dan warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634986246_PengasasKualaLump.jpg)
KLFW 2021 gabungan fesyen dan warisan
KLFW edisi kesembilan itu bukan sahaja menjadi platform meraikan bakat pereka tempatan, malah menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia.
![KL Fashion Week 2020 secara dalam talian bermula esok sehingga 13 Nov KL Fashion Week 2020 secara dalam talian bermula esok sehingga 13 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604984847_KLFW.jpg)
KL Fashion Week 2020 secara dalam talian bermula esok sehingga 13 Nov
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2020 akan dijayakan sepenuhnya secara digital bermula esok sehingga 13 November menerusi platform dalam talian.
![Gaya dan kejutan! Ini 5 trivia KLFW 2019 yang anda perlu tahu Gaya dan kejutan! Ini 5 trivia KLFW 2019 yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566314502_950x600.jpg)
Gaya dan kejutan! Ini 5 trivia KLFW 2019 yang anda perlu tahu
Sebelum anda hadir ke acara berprestij ini, Astro AWANI akan kongsikan lima perkara menarik mengenai KLFW 2019.
![Pentas KLFW kembali, fokus kepada pereka fesyen tanah air - Pengasas KLFW Pentas KLFW kembali, fokus kepada pereka fesyen tanah air - Pengasas KLFW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565277044_KLFW.jpg)
Pentas KLFW kembali, fokus kepada pereka fesyen tanah air - Pengasas KLFW
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini kembali buat tahun ketujuh bagi meraikan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia.
![Maaf bro, tak perasan - Ismail Izzani jawab tuduhan acah tahap dewa Maaf bro, tak perasan - Ismail Izzani jawab tuduhan acah tahap dewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534564807_ismail-acah-header.jpg)
"Maaf bro, tak perasan" - Ismail Izzani jawab tuduhan acah tahap dewa
Kata Ismail, dia tidak menyedari pelawaan jurugambar itu ketika mahu membidik fotonya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
![Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 berlangsung 8-12 Ogos ini Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 berlangsung 8-12 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439659080_950x600.jpg)
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 berlangsung 8-12 Ogos ini
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini bersedia menerima kunjungan peminat dan pemain industri fesyen tempatan.
![Model bukan satu kerjaya yang mudah - Tinie Model bukan satu kerjaya yang mudah - Tinie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/71494081452_Tinie.jpg)
Model bukan satu kerjaya yang mudah - Tinie
Supermodel Tinie membicarakan tentang apa masyarakat tidak tahu mengenai realiti kerjaya seorang peragawati.