TEMPAT kerja yang selamat dan sihat iaitu bebas dari risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan adalah menjadi idaman semua pihak yang terlibat, samada kerajaan, majikan, mahupun pekerja.
Mana-mana pekerja akan berasa aman dan selesa untuk bekerja di sesebuah organisasi yang majikannya sentiasa menitik beratkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).
Dalam masa yang sama, kadar kemalangan industri yang rendah juga memberikan imej yang baik untuk negara, sekaligus menarik minat industri asing untuk melabur dalam negara.
Majikan yang mengabaikan aspek KKP, serta gagal membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan akan meningkatkan risiko kemalangan di tempat kerja.
Menurut statistik, kemalangan di tempat kerja di Malaysia yang dilaporkan pada tahun 2017 adalah 42,513 kes iaitu bersamaan 116 kes setiap hari. Manakala kemalangan maut pula ialah 711 kes iaitu bersamaan 2 kes setiap hari.
Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengeluarkan sebanyak RM 3.27 bilion bagi tujuan bayaran pampasan kepada mangsa yang terlibat.
Hal ini membuktikan bahawa setiap kemalangan yang berlaku melibatkan kos yang tinggi dan seterusnya merugikan pihak yang terjejas, samada secara langsung mahu pun tidak langsung.
Justeru itu, dalam usaha menjadikan tempat kerja selamat, sihat dan bebas dari kemalangan dan penyakit, kerajaan telah meluluskan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN) serta ditandatangani Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Januari lalu.
DKKPN yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 27 Februari menetapkan 9 komitmen kerajaan yang bertujuan meningkatkan tahap KKP di negara ini.
Usaha ini adalah selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSHMP 2020) dalam memberi tumpuan penerapan nilai budaya pencegahan (preventive culture) bagi memperkukuhkan lagi pembentukan “Budaya Kerja Sihat dan Selamat” di kalangan majikan dan pekerja.
Malahan, sudah tiba masanya penerapan budaya selamat (safety culture) dimulakan di peringkat lebih awal seperti di peringkat pra sekolah dan bukan semata-mata di tempat kerja.
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah tanggungjawab semua. Untuk itu, semua pihak sama ada pekerja, majikan, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan perlu bersama-sama memainkan peranan dalam menjalankan program dan aktiviti yang menyumbang ke arah pengurangan kemalangan dan penyakit pekerjaan.
*Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Sat Mar 09 2019
Kegagalan membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan akan meningkatkan risiko kemalangan di tempat kerja. - Gambar Hiasan
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19: Tutup sekolah tujuh hari jika ada kes positif - KPM
Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19.
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan, tanggungjawab siapa?
Pekerja akan berasa aman dan selesa untuk bekerja di sesebuah organisasi yang majikannya sentiasa menitik beratkan aspek KKP.