KUALA LUMPUR: Hampir 30 tahun berpengalaman sebagai penebar roti canai, Jafri Sani, 56, mengakui meminati kerjayanya sejak usia 19 tahun lagi.
Menyifatkan kerjaya sebagai penebar roti canai sebagai 'profesion' yang kurang diminati masyarakat kerana dianggap kerjaya tidak glamour tetapi mendatangkan pendapatan lumayan.
“Salah satu faktor kenapa saya minat menebar adalah kerana persaingan. Jika dibandingkan dengan bidang lain, ramai yang tak minat buat kerja ini.
“Sejak dulu lagi, kerjaya ini amat kurang diceburi belia biarpun permintaan roti canai adalah menu paling ditunggu pada waktu pagi.
“Mungkin juga sebab faktor berdiri lama, berpanas depan kuali, sarung baju biasa, kerjaya ini tidak diminati ramai. Anak muda zaman sekarang kena faham, roti canai sentiasa ada permintaan sejak dulu lagi. Jadi bila permintaan terhadap makanan ini tinggi, peluang pekerjaan dengan gaji lumayan juga pasti banyak,” ujar Jafri kepada Astro AWANI.
Walau bagaimanapun, Jafri lebih selesa untuk tidak menyebut angka gaji diterima namun mengakui jumlahnya lumayan.
“Kalau ditanya berapa angka penebar roti canai boleh terima setiap bulan, terpulang kepada pemilik kedai.
“Kalau rajin menebar lebih banyak gaji yang diterima. Dalam usia menghampiri 60-an, saya hanya mampu menebar lebih kurang 200 keping sahaja dalam sehari. Kalau zaman muda dulu, badan masih kuat dan tenaga masih banyak. Saya boleh menebar lebih banyak tetapi itu dulu. Sekarang saya buat mana yang termampu,” ucapnya lagi.
Sementara itu, Jafri kini dalam proses melatih anak bongsunya, Danial Jafri untuk meneruskan kerjaya sebagai penebar roti canai memandangkan bakat menebar sudah mula terserlah.
“Rancangan itu dah ada cuma tunggu masa yang sesuai untuk serahkan kuali pencanai ini kepada anak. Dia masih bekerja di sebuah syarikat swasta dan saya pula tidak memaksa untuk ambil alih tugas saya.
“Bila dia dah bersedia, saya berbesar hati untuk tinggalkan kerjaya lama yang amat saya cintai ini,” ujarnya.
Sebelum ini, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Amir Syarifuddin Abdul Majid memaklumkan negara bakal berdepan kekurangan penebar roti canai selepas pekerjaan itu tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan pekerja tempatan.
Ini kerana golongan belia lebih minat kepada pekerjaan berkaitan dengan teknologi serta media sosial yang dilihat lebih glamour dan menjana pendapatan tinggi.
Faida Rahim
Sun Sep 11 2022
"Bila dia dah bersedia, saya berbesar hati untuk tinggalkan kerjaya lama yang amat saya cintai ini," ujar Jafri. - Astro AWANI.
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerja tak glamor tetapi lumayan, lelaki ini percaya minat boleh datangkan hasil
Hampir 30 tahun berpengalaman sebagai penebar roti canai, Jafri Sani, 56, mengakui meminati kerjaya ini sejak usia 19 tahun.
Kisah anak penebar roti canai raih Anugerah Pelajaran Diraja
Siti Madihah turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai CGPA 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).
Lucu! Roti canai terbang 'landing' atas kepala
Seorang wanita terpinga-pinga apabila kepalanya ditutupi roti canai terbang yang 'terhempas' akibat aksi terlebih lambung penebar roti canai itu.