Warga Malaysia kini boleh menyesuaikan selipar, kasut dan beg mengikut keperibadian dan kreativiti sendiri dengan pembukaan kedai pertama Baia Baia Paris, satu jenama antarabangsa, di Pavilion Kuala Lumpur.
Jenama itu yang dikenali dengan ciri khas mereka, membuat pelanggan menjadi kreatif dalam mereka bentuk dan memperibadikan produk Baia Baia mereka.
Menurut Pengarah Urusan syarikat konglomerat KAR Holdings Sdn Bhd, Kamal Abdul Razak, Baia Baia menawarkan produk bukan sahaja kepada kaum wanita, tetapi juga kaum lelaki dan kanak-kanak.
Terdapat bengkel di dalam kedai itu di mana para pelanggan boleh mencipta dan menyesuaikan selipar, sandal jeli, kasut dan beg dengan aksesori pilihan mereka dari pelbagai reka bentuk yang menarik.
“Pelanggan boleh pilih warna, tapak kasut apa mereka nak, kemudian kita akan potong dan pasangkan tali selipar itu di depan pelanggan,” katanya.
Reka bentuk akhir pelanggan akan dihasilkan terus oleh ‘Baia Baia Master’. Selain itu, hiasan kedai Baia Baia adalah berdasarkan atribut utama mereka iaitu kreativiti dan keseronokan.
Tambah Kamal lagi, mereka memberi pelanggan kuasa untuk mengubah produk biasa menjadi ciptaan yang mempunyai elemen 'wow', dengan cara yang membolehkan setiap pelanggan menonjolkan gaya mereka tersendiri.
Baia Baia dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Dinni Azween Zakaria, Amirah Shariffudin
Fri Apr 12 2019
Kedai antarabangsa, Baia Baia Paris membolehkan pelanggan menyesuaikan flip flop, kasut dan beg mengikut keperibadian dan kreativiti sendiri. - Astro AWANI/Amirah Shariffudin
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Kedai selipar mewah 'custom' kini di Pavilion
Kedai Baia Baia Paris membolehkan pelanggan menyesuaikan flip-flop, kasut dan beg mengikut keperibadian dan kreativiti sendiri.