TAIPING: Terpanggil untuk membela nasib golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terutama dalam kalangan lepasan sekolah dan belia, seorang guru pendidikan khas nekad membuka kedai membuat biskut di sini, semata-mata mahu memberi peluang pekerjaan kepada mereka.
Intan Hazlina Shamsul Badri, 41, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamunting berkata idea membuka kedai tersebut tercetus apabila mengetahui ramai bekas anak muridnya sukar mendapatkan pekerjaan, selain ada yang menempuh pengalaman pahit di tempat kerja.
"Mereka datang jumpa saya mengadu sukar dapat kerja, atau terpaksa berhenti selepas menjadi pembantu di pusat beli-belah, kena tolak troli, ditipu majikan, dibuli dan tidak dibayar gaji.
"Jadi, saya memberanikan diri membuka kedai ini yang diberi nama 'Anak Kita', dengan dibantu guru lain serta kawan-kawan bagi memberikan mereka tempat kerja baharu yang sesuai dan mesra OKU," katanya ketika ditemui di kedai tersebut di sini.
Beliau yang dikenali dalam kalangan pelajarnya sebagai 'Cikgu Intan' berkata pelatihnya yang berumur lingkungan 17 hingga 35 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang OKU seperti pekak dan bisu, talasemia, masalah pembelajaran dan autisme.
Katanya, sejak kedai Anak Kita dibuka dua tahun lepas, mereka kini semakin mahir menghasilkan biskut, roti, dan kek yang ditempah pelbagai lapisan masyarakat termasuk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sebab itu, antara biskut yang terkenal di sini adalah Cookies For Frontliners. Selain itu, kami juga menerima tempahan daripada majlis daerah, orang kenamaan dan syarikat persendirian termasuk dari luar negara selepas mereka melihat promosi yang dimuat naik di Facebook kami," katanya.
Intan Hazlina mengakui walaupun tidak mampu memberi gaji minimum kepada pelatihnya, beliau dan pihak pengurusan sentiasa berusaha memastikan kebajikan mereka tidak terabai terutama dari segi makan minum, ruang bekerja dan sebagainya.
"Keuntungan mengusahakan perniagaan ini tidak seberapa, cukup sekadar membayar gaji pekerja dan utiliti kedai, namun satu kepuasan apabila mereka dapat kemahiran dan diterima oleh masyarakat," tambahnya.
Menurutnya ketika ini antara cabaran yang dihadapi adalah kekurangan tenaga pengajar, selain memerlukan lebih banyak ilmu berkaitan pengurusan, kewangan dan perniagaan jika mahu mengembangkan lagi kedai itu berikutan permohonan golongan OKU untuk bekerja di situ diterima hampir setiap hari.
Sementara itu, seorang pelatih Amirul Shafiq Badrul Hisham, 21, berkata beliau seronok bekerja di kedai itu kerana dapat menimba ilmu pembuatan kek dan berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan yang lain.
"Rakan-rakan sangat baik dan selalu membantu saya dalam menghasilkan biskut, roti dan kek dengan betul. Cikgu Intan yang ajak saya bekerja di sini dan selepas ini saya tidak mahu kerja tempat lain sebab saya seronok dapat bertemu kawan-kawan," katanya.
Pasangan kembar, N.Nishalini dan N.Vishalini, 27, pula berkata mereka gembira dapat bekerja di kedai Anak Kita kerana dapat bergaul dengan rakan OKU yang lain, selepas bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.
"Di sini, saya dan kakak ditugaskan menampal pelekat pada balang kuih dan susun kuih kerana tidak boleh kerja di dapur," kata Nishalini.
-- BERNAMA / Nazira Hasanah Nasaruddin
Bernama
Tue Feb 15 2022
Pelatih-pelatih Orang Kurang Upaya (OKU) menyusun biskut di dalam balang yang ditempah pelanggan di Kedai Anak Kita. - Bernama
Ranking Indonesia kini tujuh anak tangga di atas Malaysia
Kemas kini terbaharu yang dikeluarkan FIFA menyaksikan Indonesia melonjak naik lima anak tangga di ranking ke-125 dunia.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Rusia melancarkan serangan besar kedua bulan ini terhadap infrastruktur tenaga Ukraine pada Khamis, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di seluruh negara.
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana ATACMS oleh Ukraine, yang dibekalkan Amerika Syarikat.
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana ATACMS oleh Ukraine, yang dibekalkan Amerika Syarikat.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan di Manhattan
Polis New York menahan sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin yang mengganggu Perarakan Thanksgiving Macy pada Khamis.
Jabatan Polis New York (NYPD) menyatakan penunjuk perasaan ditahan tanpa insiden, namun, jumlah mereka yang ditahan belum diketahui, dan pertuduhan masih dalam siasatan, menurut kenyataan tersebut.
Jabatan Polis New York (NYPD) menyatakan penunjuk perasaan ditahan tanpa insiden, namun, jumlah mereka yang ditahan belum diketahui, dan pertuduhan masih dalam siasatan, menurut kenyataan tersebut.
AWANI Ringkas: Terpaksa berpaut pada dahan, dihanyut arus banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ibu bapa mohon semak semula pertuduhan dihadapi
Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berdepan satu pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa minggu lalu untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.
Kedai biskut 'Anak Kita' beri sinar harapan kepada belia OKU
Idea itu tercetus apabila mengetahui ramai bekas anak muridnya sukar mendapatkan pekerjaan, selain ada yang menempuh pengalaman pahit di tempat kerja.