Seorang kanak-kanak perempuan kurang upaya (OKU) yang menghidapi palsi serebrum sejak lahir mencatat rekod keduanya dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi penyertaan kayuhan basikal rentas sempadan Malaysia -Thailand sejauh 222.2 kilometer (km).
Nur Wadihan Wira Sudepja, 12, kelihatan cekal mengikuti kayuhan bersama bapanya, Wira Sudepja Rabu, 45, walaupun cuaca panas dan kering melanda negeri Perlis ketika ini.
Sebelum ini, anak istimewa itu mencatat rekod pertama MBR bagi dirinya setelah menyertai acara Kerian Incredible Dualthon kategori Sprinter sejauh 48 km di Kerian, Perak pada 2018, bersama bapanya.
Menurut Wira Sudepja, anaknya itu mengalami demam sebelum kayuhan yang dijadualkan bermula Jumaat lepas dan langkah penjagaan kesihatan dan keselamatan awal diambil antaranya mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi.
"Saya amat berbangga dengan kecekalan anak istimewa ini yang ceria dan bersahaja sepanjang kayuhan bermula dari Wang Kelian ke Satun, Thailand, kemudiannya ke Pat Bara (Thailand) dan berpatah balik mengikut laluan sama sehingga ke Padang Besar," katanya kepada media ketika ditemui selepas menamatkan kayuhan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di sini, pada Isnin.
Program itu merupakan anjuran Yayasan Generasi Malaysia dan pihak Kuantan Port bagi mengetengahkan golongan OKU kepada umum.
Wira Sudepja berkayuh sejauh 222.2 km membawa anak istimewa itu sejak pukul 5 pagi pada Jumaat lepas dan mengambil masa selama empat hari melalui pekan utama di wilayah Satun, Thailand sebelum berakhir di garisan penamat pada kira-kira pukul 12 tengah hari Isnin.
Beliau berkata, perkara itu dilakukannya bukan semata-mata mahu mengejar ranking MBR, namun mahu masyarakat luar khususnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya agar memberi anak mereka pengalaman merasai aktiviti sama seperti kanak-kanak normal lain.
"Kita juga mahu meraikan kehidupan mereka sama seperti anak-anak lain iaitu boleh berbasikal dan berlari, katanya yang juga pengasas Kelab Bikeisable di Kuala Lumpur.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 27 2020

Seorang kanak-kanak perempuan kurang Upaya (OKU) yang menghidapi palsi serebrum sejak lahir mencatat rekod keduanya dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi penyertaan kayuhan basikal rentas sempadan Malaysia -Thailand sejauh 222.2 kilometer (km).
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kanak-kanak OKU catat rekod MBR, sertai kayuhan rentas sempadan 222.2km
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya digalak memberi anak mereka pengalaman merasai aktiviti sama seperti kanak-kanak normal lain.