SELEPAS kisahnya menenangkan seorang kanak-kanak di dalam pesawat menjadi viral, pemilik akaun Facebook bernama Kak Hassanah akhirnya membuat pengakuan ia hanya imaginasi sahaja.
Dalam status terakhir yang dimuat naik ke akaun Facebooknya, Kak Hassanah berkata apa yang diceritakan ibu bapa kanak-kanak itu adalah benar, begitu juga cerita dari penumpang-penumpang lain.
Tanpa memperincikan sebab mengapa dia berbuat demikian, Kak Hassanah menjelaskan dia tidak pernah berniat menghina penampilan ibu kanak-kanak itu apabila menggelarkan keluarga itu 'mat saleh'.
Sebaliknya dia hanya berbuat demikian untuk memastikan ceritanya lebih 'menjadi'.
Dia juga mengumumkan akan menutup semua laman sosial miliknya, namun berikrar tidak akan berhenti menyebarkan dakwah.
Dalam masa yang sama, dia turut berharap agar kekhilafannya dapat dimaafkan.
Berikut adalah penjelasan Kak Hassanah yang diambil dari Facebook, sebelum dinyahaktifkan.
Bismillahirahmannirahim.
Ya Allah. Tuntuni setiap perkataan ku Ya Allah.
Dan berikan aku kerendahan hati yang paling rendah dan serendahnya. Berikan juga aku kekuatan. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Saya tahu, 1 Malaysia menanti posting dari saya.
1. Di sini saya ingin membuat pengakuan jujur. Tulisan saya yang viral baru-baru ini memang tulisan imaginasi. Ya. Saya duduk seat 33K. Dan ibu bapa itu duduk pada seat 30. Seat kami berhampiran. Flight yang sama. AK8715. Berlepas pada waktu sama. Mendarat pada waktu yang sama. Tapi jalan cerita yang berbeza. Ya, Jalan cerita yang benar adalah apa yang diceritakan oleh ibu bapa tersebut. Semua bukti screenshoot pramugari itu benar. Semua bukti screenshoot penumpang lain juga benar.
Semua yang dikata oleh ibu bapa tersebut adalah benar. Hanya 1 yang tak benar. Saya tak block fb mereka pun. Jika saya block, kenapa saya dapat melihat komen-komen mereka ? Jika saya block kenapa dia boleh share status yang viral dari wall saya ? Tapi saya bersangka baik. Mungkin maksud ‘block’ beliau adalah dengan tidak membenarkan dia untuk singgah komen di wall saya. Sebab saya telah mengubah setting. Hanya friend sahaja boleh komen. Tapi followers tidak. Jadi saya bersangka baik, mungkin itu maksud ‘block’ yang dimaksudkan. Wallahualam.
2. Saya tidak berniat untuk hina isteri tuan yang berpakaian seperti itu. Sama sekali tidak. Sebab untuk pengetahuan tuan, dulu saya juga bernampilan seperti itu. Allah maha tahu. Saya sengaja mention mat salleh. Agar kiranya ia suatu kisah yang menjadi. Tapi saya silap. Sebab Allah tidak pernah tidur. Dan saya lupa satu hal, Allah dengan sekelip mata boleh memberikan kebenaran.
Walaupun manusia cuba menyelindungkan segalanya. Saya harap tuan dan puan maafkan saya. Percayalah, saya tidak pernah mengutuk peribadi atau penampilan kalian. Malah saya sayangkan kalian. Saya doakan kalian. Tuan dan puan jangan bersedih atau kecil hati dengan orang-orang di fb yang hina penampilan kalian. Sebab siapa tahu pengakhiran tuan puan lebih mulia berbanding mereka. Wallahualam.
3. Kepada para followers dan friends yang saya kasihi kerana Allah. Maafkan saya. Sebab itulah berkali saya tuliskan, Public figure itu manusia biasa juga macam kalian. Jadi janganlah taksub. Sebab akan ada masanya diuji secara ringan atau berat dan begitu juga sebaliknya kepada mereka yang bukan public figure. Cuma ujian kita berbeza. Tapi sandaran kita sama. Iaitu Allah. Dan sebab saya berani membuat pengakuan walau rasa sedih, air mata, tapi saya bersyukur masih punya kekuatan, keberanian sebab sandaran saya ialah Allah.
4. Janganlah terus ditengking, diherdik, dimaki, dimarah wanita-wanita yang turut memakai niqab atau purdah. Sebab yang bersalah itu adalah diri saya. Bukan diri mereka. Libatkan saya seorang. Itu sudah cukup. Bukan niqab atau serban itu yang mulia. Tapi pakaian takwa itu yang mulia. Maafkan saya.
P/s: Dengan lafaz bismillah, i’m stop to writing. But doesn’t mean i stop to spread my dawah. Sebab dakwah itu bukan hanya satu lorong sahaja iaitu menulis menulis dan menulis. Hatta memberikan senyuman kepada orang juga dakwah, memulakan salam juga dakwah. Saya takut akan firman Tuhan mengapa saya berkata ini itu tapi saya tidak melakukannya ?
And i will deleting my fb, insta, telegram. And i will stop writing. Last, saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej di messenger fb dengan segala maki hamun, tomahan, kutukan and everything.
Semoga beroleh kematian dan pengakhiran husnul khotimah.
Assalamualaikum.
Status Kak Hassanah sebelum ini mendakwa dia berjaya menenangkan seorang kanak-kanak 'mat saleh' yang menangis di dalam sebuah pesawat, melalui bacaan selawat dan zikir.
Namun dakwaan itu dinafikan ibu bapa kanak-kanak terbabit, yang turut disokong oleh penumpang-penumpang lain yang berada dalam pesawat itu.
Madiha Abdullah
Fri Jun 03 2016
Kak Hassanah akui tiada niat menghina penampilan ibu kanak-kanak berkenaan./Gambar hiasan
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Kebakaran stor: Pejabat Parlimen Papar salur bantuan khemah dan makanan
Beberapa khemah sementara didirikan bagi menempatkan para pesakit dan kakitangan Hospital Papar, Sabah yang terkesan susulan insiden kebakaran di stor perubatan farmasi hospital itu.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.
JKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana, aplikasi sistem eBencana hadapi MTL
KKR melalui JKR mengaktifkan BiGBen dan aplikasi mudah alih Sistem eBencana JKR yang dinaik taraf, sebagai langkah mempertingkatkatkan kesiapsiagaan menghadapi MTL.