KUALA KANGSAR: Sebuah kedai kopi dan roti antik berusia lebih 80 tahun masih kekal utuh di sini walaupun dihujani kedai 'hipster' yang tumbuh bak cendawan selain menjadi tumpuan generasi muda ketika ini.
Bertapak di pekan Bandar Diraja, kedai ini tetap menjadi pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara atas kesegaran rotinya yang diadun sendiri dan keenakan kopi yang 'kaw' selain kaya dengan seni bina lama yang masih kekal cantik sehingga kini.
Pengurus restoran tersebut (Restoran Double Lion) Leong Tean Chia, 60, berkata kedai itu masih utuh kerana dibina dengan bahan pembuatan yang berkualiti sewaktu zaman tersebut termasuklah pemilihan perabot yang tahan lama dan mudah untuk dijaga.
"Kini, kita boleh lihat terlalu banyak kafe-kafe hipster yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan berkonsepkan retro, urban dan sebagainya, semakin menjadi tarikan golongan muda.
"Di kedai kami, antara tarikannya adalah kewujudan perabot bercirikan hiasan klasik yang memerlukan pemuliharaan agar tidak musnah lebih-lebih lagi jika reput akibat anai-anai dan turut disajikan lagu-lagu lama klasik," katanya kepada Bernama.
Menurut Tean Chia paling istimewa, kedai yang diuruskan oleh tiga generasi itu masih relevan hingga ke hari ini disebabkan kualiti pembuatan roti yang dijaga dari dulu hingga kini mengikut resipi turun-temurun.
"Dalam pembikinan roti, kami akan mengadunnya sendiri dan mempunyai resepi khas yang diwarisi dari zaman atok lagi.
"Kami akan sentiasa menjaga kesegaran dan kualiti roti di kedai kami agar pengunjung yang hadir akan berpuas hati dengan makanan di sini. Antara menu yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai adalah roti ban bakar dan roti ban kukus yang akan disapukan marjerin dan kaya," tambahnya.
Beliau percaya kesemua itu antara faktor kedainya masih relevan dan meniti di bibir pengunjung daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan istana, orang kenamaan selain masyarakat setempat.
"Antara yang hadir ke sini adalah kerabat Sultan pada zaman 80-an termasuk juga golongan elit dan orang kenamaan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar. Tidak terkecuali kehadiran tentera Australia dan British sebelum perang dunia kedua.
"Zaman dahulu, sesebuah majlis kebiasaannya akan disambut di kedai makan jadi kedai ini sentiasa menjadi tempat keramaian bagi menyambut majlis seperti perkahwinan atau hari lahir," katanya.
Pembantu kedai Ah Ling, 55, berkata dia amat seronok bekerja di kedai tersebut walaupun khidmatnya belum mencecah lima tahun.
"Saya seronok bekerja di sini, bos (pengurus) pun baik, selalu beri makan dan minum dan kerja juga tidak lah begitu berat memandangkan saya juga telah berusia. Pelanggan juga sangat mesra. Semuanya baik-baik sahaja di sini," kata wanita itu.
Kedai kopi ini telah tular dengan lebih 1,000 perkongsian di aplikasi akaun Tiktok @iamnazirul sehingga mencetus momen nostalgia oleh pengguna aplikasi tersebut yang berkongsikan kisah zaman kecil mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Roti ban kukus serta marjerin dan kaya dan minuman yang menjadi keistimewaan di Restoran Double Lion, Kuala Kangar baru-baru ini. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Kafe hipster tidak lenyapkan kedai kopi dan roti antik di Kuala Kangsar
Kedai ini tetap jadi pilihan pengunjung kerana kesegaran rotinya yang diadun sendiri dan keenakan kopi yang 'kaw'.
Chef Ismail tidak tergugat dengan kafe hipster
Chef Selebriti, Datuk Ismail mengakui tidak tergugat dengan kemunculan kafe hipster yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.