DUNIA kini tertumpu kepada penyakit yang digelar COVID-19.
Pandemik mengerikan, natijah daripada interaksi manusia-haiwan yang sering berlaku di pasar basah tradisional yang menjual hidupan liar penyebab virus SARS-CoV2.
Dan ia terkait rapat dengan virus yang dijumpai dalam kelawar.
Ada kebarangkaliannya virus ini berpotensi terpindah kepada manusia melalui mamalia lain seperti tenggiling.
Oleh sebab itu, sebarang amalan tradisi yang meletakkan manusia dan hidupan liar dalam jarak yang dekat akan meningkatkan risiko munculnya penyakit-penyakit baharu yang berupaya melumpuhkan populasi manusia yang tipis daya tahan penyakitnya.
Malangnya, tatkala kerajaan bertindak menghentikan pemerdagangan hidupan liar di pasar-pasar basah walaupun hanya untuk sementara waktu, masih terdapat banyak masalah amalan tradisi yang belum menerima pengawasan sepenuhnya.
Sebagai pengkaji primat profesional daripada Persatuan Primatologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan rasmi yang komited dalam penyelidikan dan perlindungan primat di Malaysia, kami telah mendedikasikan hidup dalam pemuliharaan dan kebajikan haiwan-haiwan yang menakjubkan ini.
Kami ingin menyatakan kebimbangan yang mendalam berkenaan implikasi salah satu daripada amalan-amalan tradisi tersebut iaitu aktiviti memberi makan kera, beruk dan mawas liar oleh golongan pencinta haiwan.
Kera, beruk dan mawas-atau turut dikenali sebagai primat bukan manusia, sangat mirip dengan manusia dari segi biologinya.
Hal ini menyebabkan zoonosis, atau pemindahan penyakit di antara manusia dan haiwan berkebarangkalian tinggi untuk berlaku apabila manusia berhubungan rapat dan bersentuhan dengan primat bukan manusia.
Sebagai contoh, HIV (Human Immunodeficiency Virus), virus yang menyebabkan penyakit AIDS, telah berevolusi daripada SIV (Simian Immunodeficiency Virus), yang merupakan virus biasa yang menjangkiti spesis monyet dan mawas di Afrika.
Virus-virus yang menyebabkan penyakit Ebola dan Demam Kuning juga turut merebak dalam kalangan primat-primat liar.
Plasmodium knowlesi, suatu jenis patogen biasa yang terjangkit dalam kalangan kera Asia Tenggara, turut melangkaui sempadan spesis dan mula menjangkiti manusia dengan peningkatan yang ketara yang kini menjadi penyebab paling biasa bagi penyakit malaria yang didiagnosis dalam komuniti manusia di Sabah dan Sarawak.
Beberapa lagi jenis patogen yang dikenali, termasuklah herpesvirus (Herpes B) yang telah membunuh 21 daripada 50 pesakit yang dijangkitinya adalah virus biasa yang terdapat dalam kera-kera Asia.
Memberi makan kepada kera dan beruk telah mengurangkan rasa takut semulajadi haiwan-haiwan ini kepada manusia dan seterusnya mengakibatkan penambahan kejadian-kejadian serangan monyet terhadap manusia yang kadang kalanya berakhir dengan kecederaan parah terhadap manusia yang diserang dan secara dramatisnya meningkatkan risiko penyebaran penyakit zoonotic.
Tahap kebahayaan meningkat secara mendadak apabila perhubungan seperti sentuhan antara manusia dan primat bukan manusia bertambah disebabkan oleh kedua-dua faktor iaitu, pencerobohan hutan oleh manusia serta pergerakan primat ke kawasan yang didominasi manusia sebagai akibat daripada pencerobohan tersebut.
Orang ramai yang memberi makan kepada hidupan-hidupan liar bukan sahaja meletakkan diri mereka dan masyarakat mereka dalam risiko kecederaan atau penyakit, malahan haiwan lain dalam komuniti tersebut mungkin terdedah dengan risiko yang sama.
Beberapa penyelidikan terkini menunjukkan bahawa patogen yang menyerang manusia dan menyebabkan gejala ringan atau tidak bergejala, mampu membawa maut sekiranya ianya menjangkiti primat-primat liar, bahkan wabak penyakit yang berasal daripada manusia telah dikaitkan dengan beberapa wabak penyakit utama yang menjejaskan mawas-mawas liar Afrika dan Asia.
Kumpulan Pakar Primat IUCN dan kumpulan Pakar Kesihatan Hidupan Liar IUCN baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan tentang kebimbangan bahawa COVID-19 berpotensi untuk menjangkiti mawas-mawas besar yang menyebabkan berlakunya penutupan beberapa taman-taman negara Afrika kepada pelawat untuk melindungi populasi cimpanzi, bonobo dan gorila yang terdedah kepada kepupusan.
Baru-baru ini, satu video menular di segenap media sosial menunjukkan sekumpulan besar kera yang kelaparan berkeliaran di jalan raya, mencari makanan setelah berlakunya penurunan ketara bilangan pelancong.
Hal ini telah menyebabkan kera-kera tersebut kehilangan punca makanan harian mereka yang kebiasaannya didapati daripada pemberian pelancong-pelancong yang melawat kawasan tersebut.
Sementara kebanyakan penonton video tersebut berasa tersentuh dan simpati atas penderitaan haiwan-haiwan yang kelaparan, jumlah kera yang ada menggambarkan fakta biologi yang penting dan mengecewakan; memberi makan kepada haiwan liar meningkatkan kadar kelahiran yang lambat laun mengakibatkan berlakunya satu keadaan yang dikenali sebagai letupan populasi (population explosion).
Maka, setiap seekor monyet yang kita berikan makanan akan melahirkan lebih banyak mulut untuk disuap.
Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada kitaran pergantungan kepada manusia yang tidak alami.
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan taman-taman, kita berpeluang untuk memperbetul semula perhubungan yang pincang dan membina kaedah yang lebih sihat untuk saling wujud dalam persekitaran yang kita kongsi bersama dengan primat lainnya.
Penutupan taman-taman awam kepada pelawat telah mengurangkan perhubungan antara manusia dan primat secara dramatis serta telah membejatkan kebergantungan tidak sihat monyet-monyet terhadap makanan manusia.
Primat liar mempunyai kepelbagaian diet pamakanan yang luas, dan mampu bertindakbalas secara cepat dan fleksibel terhadap perubahan ketersediaan makanan.
Apabila sumber makanan yang menarik seperti makanan manusia atau sampah sarap tidak lagi tersedia, mereka akan mengubah corak pencarian makanan dan mula mencari makanan di kawasan lain.
Di Lumut, Perak sebagai contohnya, monyet yang sebelum ini terbiasa meminta-minta makanan daripada pelawat-pelawat, telah mula dilihat mencari makanan semulajadi seperti moluska, ketam dan tumbuh-tumbuhan di kawasan paya bakau berdekatan.
Namun demikian, aktiviti pemberian makanan secara berterusan oleh sesetengah ahli masyarakat yang berniat baik akan merencatkan tindak balas adaptasi ini dan masalah ini tidak akan selesai.
Pemberian makanan secara berterusan kepada kera-kera di bawah PKP akan menyebabkan masalah jangka masa panjang kerana dengan memberikan makanan kepada kera-kera tersebut, individu-individu ini akan mengumpan haiwan ini keluar daripada taman-taman yang ditutup ke pintu masuk berdekatan dan kawasan jalan raya.
Keadaan ini meningkatkan risiko haiwan-haiwan ini terbunuh oleh kenderaan yang lalu lalang serta kebarangkalian haiwan-haiwan ini melintas ke kawasan perumahan berdekatan untuk mencari makanan manusia.
Sewajarnya, kami menggalakkan seluruh anggota masyarakat, khususnya pelawat taman rekreasi untuk menghentikan aktiviti pemberian makanan kepada monyet-monyet.
Pihak berkuasa yang terkait juga diseru untuk untuk meningkatkan usaha mereka dalam mendidik orang ramai berkenaan bahayanya aktiviti pemberian makanan kepada primat liar.
Hidupan liar sepatutnya mencari makanan mereka sendiri dan bukannya mengharapkan makanan daripada manusia, demi kesihatan dan keselamatan mereka dan diri anda.
Jika anda sayangkan mereka, jagalah jarak anda!
BACA : COVID-19: Haiwan peliharaan juga harus duduk di rumah
BACA : KKM nasihat jaga haiwan peliharaan elak COVID-19
Artikel ini tulisan bersama Dr Susan Lappan, Dr Nadine Ruppert, Aini Hasanah dan Zaki Zainol dari Persatuan Primatologikal Malaysia.
Artikel ini merupakan pandangan profesional penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Susan Lappan
Wed Apr 08 2020
Aktiviti memberi makanan kepada Monyet di Taman Paya Bakau, Lumut, Perak menjadi satu aktiviti biasa yang boleh membahayakan hidupan liar dan ekosistem
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste