Jika COVID-19 tidak wujud, destinasi mana yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai lokasi untuk bercuti?
Sumber Facebook astroawani
Itu soalan #DiariLockdown disuarakan kepada warga maya oleh Astro AWANI pada hari ketujuh total lockdown ini.
Rata-rata mereka menyuarakan hasrat untuk melancong di dalam negara, berbanding hanya beberapa orang yang ingin ke luar negara.
Queen Mimi memilih kawasan berpantai dan pulau sebagai destinasi pilihan.

Begitu juga Nor Fatin yang memilih kawasan pantai bagi menggamit semula memori lokasi bulan madunya bersama suami tercinta.

Bagi pengguna Twitter, @haziqrightthere pula berhasrat untuk ke Pulau Pinang.
Ekoran terlalu rindu kepada kampung halaman dan keluarga, ramai jua yang menyatakan ingin pulang berjumpa ibu dan ayah.



Marilah kita sama-sama berdoa supaya pandemik COVID-19 ini segera berakhir supaya kita dapat menjalani semula kehidupan seperti dahulu.
Buat masa ini, tahanlah dahulu segala keinginan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.