JERSI baharu pasukan bola sepak kebangsaan dilancarkan pagi tadi.
Tiada lagi corak 'tiger stripes' yang sebelum ini cukup sinonim sebagai jersi utama atau home. Malah jersi kedua atau away juga berwajah baharu.
Jersi baharu ini mengetengahkan warna hitam sebagai warna paling dominan, dengan sedikit warna kuning di bahagian tepi baju dan seluar, serta di bahagian kolar.
Jersi away pula berwarna putih dengan sedikit warna biru.
Tiada sebarang corak, sebaliknya hanya logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama logo penaja, Nike, diletakkan di bahagian kiri dan kanan dada.
Pelancaran wajah baharu Harimau Malaysia ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada penyokong, khususnya di laman sosial.
Biarpun ramai yang memuji corak baharu yang lebih ringkas, namun masih ada yang tidak memuaskan hati.
Antara yang menjadi topik 'pertelingkahan' mereka adalah penggunaan logo FAM menggantikan bendera Malaysia di bahagian dada.
Ramai yang mempersoalkan relevan Jalur Gemilang diganti dengan logo tersebut.
Namun masih ramai yang rasional dengan mengetengahkan fakta bahawa majoriti pasukan bola sepak di seluruh dunia menggunakan logo persatuan masing-masing.
Ada juga yang pelik apabila logo FAM dipilih memandangkan Harimau Malaysia mempunyai logo tersendiri.
Pada pendapat mereka, apalah guna pertandingan mencipta logo diadakan jika logo yang dipilih tidak menghiasi jersi.
Menerusi laman webnya, FAM menjelaskan, penggunaan logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan banyak negara.
Sejak enam tahun kebelakangan ini, jersi pasukan negara akan ditukar setiap kali menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki.
Kejohanan dua tahun sekali itu akan bermula di Myanmar Jumaat ini.
Madiha Abdullah
Tue Nov 15 2016
Pelancaran wajah baharu Harimau Malaysia ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada penyokong.Foto/Twitter Team Malaysia
The Flow Country perangkap bagi jutaan karbon
The Flow Country yang terletak di kawasan tanah tinggi utara Scotland, diisytiharkan sebagai kawasan tanah gambut pertama yang menerima pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Kawasan yang terbentang seluas 4,000 kilometer persegi itu mempunyai ekosistem tersendiri dan menyimpan nilai khanazah tinggi, selain mampu menyimpan sebanyak 400 juta tan karbon dari dilepaskan ke atmosfera.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Niah di Miri, Sarawak mencipta sejarah apabila diluluskan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Unesco terbaharu.
Tumpuan Ahad – 28 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Justin Timberlake tidak mabuk, kes wajar digugurkan - Peguam
Peguam Justin Timberlake memberitahu penyayi pop itu tidak mabuk ketika ditahan di Sag Harbour di Rhode Island, baru-baru ini.
3 Pemimpin pelajar ditahan untuk keselamatan
Tiga pemimpin pelajar Bangladesh yang menganjurkan bantahan terhadap kuota pekerjaan perkhidmatan awam, ditahan polis bagi menjamin keselamatan mereka.
Kumpulan terkesan kenaikan diesel mungkin 'merajuk'
Isu-isu nasional dan kos sara hidup akan terus mendominasikan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.
Tidak mustahil BN rampas semula Nenggiri
Melihat pada sejarah, tidak mustahil untuk calon Barisan Nasional untuk merampas semula DUN Neggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar
Kerajaan giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.
Peruntukan khas kerajaan RM5 juta khusus untuk skuad kebangsaan - FAM
FAM menjelaskan peruntukan khas RM5 juta oleh kerajaan kepada badan induk bola sepak negara itu pada Januari lalu adalah khusus untuk mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad kebangsaan.
Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM
Pengendali berusia 55 tahun itu telah menjelmakan pelbagai perkara positif sepanjang tempoh dua setengah tahun.
Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan
Pengulas Astro ARENA, Zainal Abidin Rawop berpandangan skuad negara masih berada di tahap yang sama, dan masih sukar menembusi kedudukan 100 terbaik dunia.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Pan-gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
KBS menyarankan agar FAM menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.
Shahril fokus tugas di FAS, Selangor FC selepas letak jawatan FAM
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan keputusan ini untuk memberikan yang terbaik demi kemajuan dan pembangunan FAS dan juga kelab Selangor FC.
Shahril letak semua jawatan dalam FAM serta-merta
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar membuat keputusan mengejut dengan melepaskan kesemua jawatannya dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Selangor FC boleh kemuka rayuan - MFL
Pasukan Selangor FC boleh mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas dijatuhkan empat bentuk hukuman.
KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau kemajuan projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) FAM.