SEAWAL jam 5 pagi, Hafiz Ibrahim, 30, dan isterinya, Azira Baharom akan bangun bersiap untuk memulakan hari mereka bersama.
Dari Seremban, mereka akan memandu ke Senawang membawa bersama bekas-bekas mengandungi makanan sarapan untuk dijual di gerai mereka di sana.
Sampai di perkarangan sebuah bangunan kedai di Taman Senawang Indah, mereka mengeluarkan meja, khemah dan bangku dari sebuah unit jualan tudung diusahakan ibu saudara Azira untuk membuka gerai di hadapan premis itu.
Pasangan muda yang baharu berkahwin ini mengusahakan nasi lemak yang dikenali sebagai 'Nasi Lomak Waghih', setiap hari kecuali Isnin. Selain nasi lemak dengan lauk tradisi seperti ayam ‘rondang’ (rendang), sambal kerang dan sotong, turut dijual bihun goreng serta kuih-muih seperti keria, donut dan pau.
Mereka antara ribuan penjaja lain yang bebas menjalankan perniagaan di seluruh Negeri Sembilan dengan lesen yang tidak dikenakan bayaran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak lebih lima tahun yang lepas, iaitu polisi yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Tok Mat memang beri peluang yang besar bagi semua. Sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak muda dan orang yang memerlukan pendapatan tambahan sama ada sepenuh masa atau separuh masa,” kata pemuda itu.
Bagaimanapun dia juga kecewa dengan segelintir peniaga tidak bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran kawasan perniagaan bersih, malah ada yang meninggalkan meja dan khemah sehingga mereput dan rosak.
Kebebasan yang diberi itu dicabuli, takut-takut nanti di masa mendatang nikmat ruang dan peluang itu akan ditarik balik, memandangkan dia berniaga sepenuh masa.
Hafiz memegang Ijazah Sarjana Muda jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sejak menamatkan pengajian pada 2011, banyak jenis kerja yang pernah dilakukannya sebelum berkahwin tahun lepas dan memutuskan untuk berniaga sepenuh masa bersama isterinya kerana minat dalam bidang itu.
“Minat mendalam memang berniaga, jadi rasa sayang lah kalau tidak ‘menggunakan’ sijil itu dan merasakan mungkin ini masa yang sesuai untuk saya,” katanya.
Sebagai anak muda, pastinya dia ada kecenderungan lain juga yang dianggap sebagai hobi dan secara suka-suka. Hafiz minat juga bidang penulisan, kesenian dan pengurusan acara melibatkan dunia itu.
Di luar waktu berniaga, dia merupakan antara penggerak Buku Jalanan Seremban, sebuah inisiatif yang membawa buku ke tempat-tempat awam sekitar bandar itu untuk dibaca dan dipinjam orang ramai yang dimulakan sejak Julai 2012.
“Kita buat acara kecil membaca buku, berkongsi apa yang kita sudah baca dengan khalayak juga baca puisi dan pertunjukan kesenian lain.
“Pada masa kita membudayakan membaca, kita budayakan juga kepercayaan antara satu sama lain dengan meminjamkan buku secara percuma kepada orang ramai selain berharap mereka dapat memulangkannya semula selepas habis membaca. Kita bagi benda percuma ni kadang-kadang tahu saja lah,” jelas Hafiz.
Sudah hampir enam tahun menggerakkan inisiatif itu, apa yang dilihatnya adalah perkara tersebut tidak dapat berkembang lebih luas kerana tidak ramai yang berganding bahu bersamanya.
Malah dia turut menyedari kurangnya aktiviti membaca puisi, persembahan kugiran anak muda tempatan, teater dan acara-acara lain seumpamanya di negeri itu juga kerana ramai bakat berhijrah ke Kuala Lumpur kerana lebih rancak.
Ruang-ruang beraktiviti di Negeri Sembilan khususnya di sekitar Seremban, Senawang ataupun Nilai juga tidak banyak.
“Permintaan itu ada, tapi bakat-bakat semua dah pergi luar, apa yang tinggal di sini?
“Nak salahkan mereka pun tidak boleh juga kerana semua mahu cari makan, cari peluang yang lebih besar. Mereka ada yang mahu memulakan sesuatu di sini tetapi tiada lonjakkan untuk inisiatif itu hingga menutup peluang anak-anak muda tempatan yang berbakat membina sesuatu di tanah kelahiran sendiri," jelasnya.
Lebih-lebih lagi perhubungan antara Seremban, Senawang dengan Kuala Lumpur semakin mudah dengan adanya lebuh raya dan sistem pengangkutan awam lain yang merancakkan mobiliti antara dua negeri ini, maka ramai terutamanya golongan muda memilih untuk bekerja di ibu kota tetapi menetap di Negeri Sembilan kerana kos sara hidup yang lebih rendah berbanding di ibu kota.
Dia tidak mahu Negeri Sembilan menjadi negeri tua. Walaupun bersyukur dengan keamanan dan kestabilan yang menjadi identiti negeri itu, dia juga mahu melihat kawasannya Seremban seterusnya seluruh daerah di negeri itu hidup dengan nafas baharu yang lebih segar bersama gerakan anak muda yang aktif serta kuat.
Atas dasar perjuangan ini, dia pernah bersemuka secara terus dengan Tok Mat dalam sebuah majlis tidak lama dahulu untuk menyampaikan hasrat dan cadangannya mewakili anak muda Negeri Sembilan.
“Saya tanya beliau (Tok Mat) tentang ruang untuk anak-anak muda di sini beraktiviti. Beliau pun terus memaklumkan kepada saya ke mana yang harus saya tuju dan dengan pihak mana yang perlu saya berjumpa untuk membincangkan hal ini selanjutnya.
“Maklum balas daripada seorang Menteri Besar kepada seorang rakyat biasa, cukup menunjukkan beliau mahu suara kita didengari,” ceritanya.
Hasrat sudah disampaikan, pihak bertanggungjawab sudah ditemui dan kini menunggu apakah tindakan susulan daripada mereka. Cepat atau lambat, ia berada dalam bidang kuasa mereka dan Hafiz hanya mampu menunggu.
Tidak banyak dimahukan, cuma ingin melihat Negeri Sembilan, negeri dicintanya menjadi negeri yang bukan membangun daripada tempias kepesatan Kuala Lumpur, tetapi negeri yang berkembang daripada bakat tempatannya sendiri dalam apa jua bidang.
Dan dia akan tetap di Seremban memperjuangkan Buku Jalanannya, dan Nasi Lemak Waghih bersama isterinya.
Israr Khalid
Thu Apr 26 2018
Sejak menamatkan pengajian pada 2011, banyak jenis kerja yang pernah dilakukannya.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Jangan biarkan bakat anak muda terbang ke negeri orang
Kepesatan dan lambakan peluang di Kuala Lumpur, ditambah kekurangan galakan di tempat sendiri menyebabkan anak muda Negeri Sembilan terbang ke KL untuk mencari rezeki.