Malah, pembukaan pelbagai lagi industri untuk beroperasi turut membolehkan lebih banyak syarikat membenarkan kakitangan clock-in office ketika ini. Ya… jalan pun dah semakin penuh dengan kereta, kota raya kembali sesak!
Itu perkara yang perlu diraikan, tapi… tak kan sudah lama tak berjumpa, anda masih dengan penampilan koleksi Summer 2019? Time for fresh look honey!
Di sini kami cadangkan beberapa koleksi untuk penuhi wardrobe anda. Biarkan Dyson 360 Eye robot vacuum mengelilingi ruang tamu, sambil anda scrolling artikel ini.
Minimalis monokrom
Monokrom bukan sekadar warna asas, sebaliknya lebih kepada 'statement' kepada pemakai.
Mungkin ramai yang menganggap ia bersifat reserved tapi percayalah banyak maksud yang boleh ditafsirkan dengan varian off black ini.
Boleh padankan dengan jenis kasut yang berbeza bagi mendapatkan variasi pada penampilan anda. (Dapatkan disini)
Ekspresi rekaan kamisol (camisole)
Santai namun sedikit sofistikated bersama sentuhan rekaan camisole, untuk tidak kelihatan membosankan kita berikan sedikit elemen cetakan abstrak brush.
Bersama fabrik cetakan, anda mampu menterjemahkan aura lebih mesra dan mudah didekati namun tak mudah diperolehi! Haa, itu personaliti wanita kosmopolitan! (Dapatkan disini)
Percikan varian kuning!
Sunny day call! Percayalah dengan keagungan palet kuning pada kasut, anda akan menjadi tumpuan mata yang memandang. Tidak susah pun sebenarnya untuk menggayakannya.
Padanan bersama jeans biru serta top bertekstur kosong dan tanpa corak terus menjadikan anda seorang yang cool dan fashion forward. (Dapatkan disini)
Beg bahu Elyse, vass!
Koleksi beg bahu Elyse yang ditunggu-tunggu!... semestinya ia menjadi koleksi paling perlu ada dalam wardrobe anda.
Hadir bersama palet warna biru dan kunci putar (turn-lock) metalik, ia tanpa ragu menafsir nilai estetik dalam diri anda. Pilihan bermutu tinggi!. (Dapatkan disini)
Kesempurnaan olesan bibir
Lipstik saiz klac jenama Tom Ford (TF) menjadi pelengkap kepada penampilan akhir anda! Frasa Lipsticks are a girl's bestfriend sangat betul!
Selain penentu mood wanita, lipstik turut dilihat sebagai terjemahan personaliti kaum hawa. (Dapatkan disini)
Apa-apa pun carry your personality, not your dress. Personaliti dan penampilan perlu seiring. Antara perkara lain lagi yang paling penting ketika ini adalah, jaga SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Meskipun tengah bergembira ketika sesi temu bersama rakan, jangan alpa... pastikan menjaga jarak dan sentiasa memakai pelitup muka.
Stay safe, until next time honey!
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !