Mereka yang berada di dalam pihak pengurusan Pusat Perkhidmatan Perkongsian (SSC) memerima gaji paling lumayan ketika ini berbanding mereka yang berada di industri lain.
Secara puratanya, mereka menerima sebanyak RM630,000 setahun.
Ini merupakan antara Penanda Aras Gaji 2018 yang menunjukkan tahap gaji di beberapa industri utama keluaran pakar pengambilan kerja dunia Michael Page Malaysia.
“Perkongsian perkhidmatan akan terus berkembang pada 2018 dengan lebih banyak jumlah fungsi syarikat bakal dipindahkan ke Malaysia,” kata Pengarah Michael Page Malaysia, Nic Chambers.
Berikut adalah pekerjaan yang menerima bayaran tertinggi di Malaysia mengikut Penanda Aras Gaji 2018 yang dikeluarkan Michael Page Malaysia.
1. Pengarah atau Pengurus Besar Pusat Perkhidmatan Perkongsian (SSC)
Menurut indeks ini, Malaysia adalah salah satu daripada tiga lokasi pilihan utama bagi kebanyakan perniagaan kerana keupayaan pelbagai bahasa, kos yang lebih rendah dan sokongan kerajaan yang kuat.
Tidah hairan SSC di negara ini kian berkembang selari dengan pelaburan yang meningkat di dalam industri ini.
Sehubungan itu, Pengarah dan Pengurus Besar SSC merupakan antara pekerjaan yang menerima gaji tertinggi di negara ini iaitu sebanyak RM630,000 setahun.
2. Pengarah Urusan / Pengurus Besar (Jualan)
Mereka di dalam bidang ini boleh menerima sebanyak RM510,000 hingga RM530,000 setahun bergantung kepada sektor, khususnya produk pengguna dan sektor IT atau telekomunikasi.
3. Ketua Global (Perolehan & Rantaian Pembekalan)
Tanggungjawab seorang ketua perolehan adalah mengetuai strategi dan sumber syarikat, di samping menemui pembekal yang menguntungkan dan berunding dengan vendor luar.
Mereka yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun menerima gaji kira-kira RM440,000 setahun.
4. Ketua Pegawai Kewangan (CFO) / Pengarah Kewangan (Kewangan dan Perakaunan)
Ketua Pegawai Kewangan (CFO) / Pengarah Kewangan boleh menerima sebanyak RM420,000 setahun, bergantung kepada sektor mereka.
Mereka yang menjawat jawatan ini mempunyai fokus khas dalam strategi, perancangan dan prestasi pengurusan.
5. Pengarah Pemasaran (Produk Pengguna dan Fast Moving Consumer Goods, atau FMCG)
Pengarah Pemasaran dalam sektor Produk Pengguna dan FMCG dijangka akan menerima gaji sebanyak RM390,000, iaitu 7.6 peratus lebih tinggi berbanding mereka di sektor Penjagaan Kesihatan (RM360,000 setahun) dan 49 peratus lebih tinggi berbanding mereka di sektor perkhidmatan (RM198,000 setahun).
Laporan Penanda Aras Gaji 2018 ini merangkumi pandangan pasaran dan trend pengambilan pekerja daripada pangkalan data dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Ia mengandungi analisis mendalam dan ramalan dalam sektor utama seperti digital, teknologi, hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan, perundangan, pemasaran, perolehan, rantaian bekalan dan penjualan.
Astro Awani
Fri Jul 20 2018
![Ini sektor dan jawatan yang menerima gaji lumayan di Malaysia Ini sektor dan jawatan yang menerima gaji lumayan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61493565233_pejabat.jpg)
Secara puratanya, pihak pengurusan Pusat Perkhidmatan Perkongsian (SSC) menerima sebanyak RM630,000 setahun.
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715820740_BrunoFernandes.jpg)
Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.
![Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702312165_TBMusaAli.jpg)
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
![Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710735062_TBwongkahwohjp.jpg)
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
![Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710824040_TBstevensimjpg.jpg)
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
![Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708053724_TBGraduanTVETjp.jpg)
Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET
Cadangan itu antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan institusi TVET di Malaysia.
![Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707819240_MohdZukiAli.jpg)
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
![Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704976780_HannahYeoh.jpg)
Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah
KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
![Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701751869_TBANWAR.jpg)
Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.
![Lima aspek perlu diteliti sebelum laksana dasar gaji progresif - Prof Roselina Lima aspek perlu diteliti sebelum laksana dasar gaji progresif - Prof Roselina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701349027_TBRoselinaAhmad.jpg)
Lima aspek perlu diteliti sebelum laksana dasar gaji progresif - Prof Roselina
Kerajaan perlu meneliti lima aspek sebelum melaksanakan cadangan dasar gaji progresif dalam memastikan strategi ini mempunyai hala tuju lebih jelas terutama dalam membantu graduan.
![Kerajaan disaran struktur semula gaji sektor awam Kerajaan disaran struktur semula gaji sektor awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696552245_kakitangankerajaan.jpg)
Kerajaan disaran struktur semula gaji sektor awam
Zainal berkata, perubahan gaji mengikut gred dapat mengurangkan risiko mereka mendedahkan diri kepada amalan rasuah.