Sebuah bandar di Minnesota, Amerika Syarikat menggesa penduduk agar tidak melepaskan semula ikan peliharaan mereka sembarangan di sumber air semula jadi selepas menemui spesies ikan emas gergasi di sebuah tasik.
Ikan peliharaan boleh membesar dengan saiz luar biasa apabila dibebaskan ke habitat asal dan menyebabkan gangguan terhadap ekosistem.
Pihak berkuasa bandaraya Burnsville menerusi Twitter berkongsi gambar yang menunjukkan beberapa ikan emas raksasa yang berjaya ditangkap semasa tinjauan di Tasik Keller.
Situasi itu dikatakan akan menyumbang kepada penurunan kualiti air selain mengganggu sedimen dan hidupan laut.
"Tolong jangan lepaskan ikan emas anda ke dalam kolam atau tasik," itu yang dimuat naik mereka di Twitter.
Di Minnesota, ikan emas adalah spesies invasif, bermaksud ia tidak boleh dilepaskan ke kawasan perairan.
Seekor ikan emas peliharaan kebiasaannya mempunyai saiz kira-kira 5 sentimeter panjang.
Tetapi apabila dilepaskan ke sungai atau tasik, pegawai hidupan liar memaklumkan ia boleh membesar jauh lebih daripada itu dan membiak dengan cepat, seterusnya mendominasi spesies ikan asal.
Dalam amarannya, pihak berkuasa menasihatkan pemilik haiwan peliharaan untuk mempertimbangkan pilihan lain jika tidak mampu lagi memelihara ikan tersebut.
Masalah yang sama juga dihadapi di bandar berdekatan iaitu Carver County, di mana 50,000 ekor ikan emas dikeluarkan dari sebatang anak sungai pada Oktober tahun lalu.
Ia sebahagian daripada rancangan tiga tahun untuk mengkaji dan menguruskan spesies tersebut.
Tetapi AS bukan satu-satunya negara yang berdepan masalah ekosistem akibat ikan emas.
Pada tahun 2017, dewan bandar raya Munich di Jerman memaklumkan jumlah ikan emas yang luar biasa menyebabkan ikan lain tidak mendapat makanan yang mencukupi.
Situasi menjadi sangat teruk sehingga pihak berkuasa memberi amaran akan mendenda sesiapa sahaja yang melepaskan ikan peliharaan mereka ke tasik dan sungai.
Ikan emas gergasi juga telah dijumpai di perairan United Kingdom. Pada tahun 2010, seorang pemancing menangkap ikan emas sebesar 2.2kg dari sebuah tasik di Dorset.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sat Jul 24 2021
![Ikan emas 'gergasi' ditemui, pihak berkuasa beri amaran jangan lepas ikan peliharaan sembarangan Ikan emas 'gergasi' ditemui, pihak berkuasa beri amaran jangan lepas ikan peliharaan sembarangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626234162_goldfish.jpg)
Pihak berkuasa bandar raya Burnsville menerusi Twitter berkongsi gambar yang menunjukkan beberapa ikan emas raksasa yang berjaya ditangkap. - City of Burnsville via AP
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Apa ada di tasik Perancis ini, hingga ikan emas boleh jadi 'gergasi'? Apa ada di tasik Perancis ini, hingga ikan emas boleh jadi 'gergasi'?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669544372_bluewaterlake.jpg)
Apa ada di tasik Perancis ini, hingga ikan emas boleh jadi 'gergasi'?
Ruang luas, diet mencukupi serta keadaan air ideal, menjadikan spesies ikan karp termasuk ikan emas dan koi, berpotensi untuk terus membesar.
![Ikan emas 'gergasi' ditemui, pihak berkuasa beri amaran jangan lepas ikan peliharaan sembarangan Ikan emas 'gergasi' ditemui, pihak berkuasa beri amaran jangan lepas ikan peliharaan sembarangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626234162_goldfish.jpg)
Ikan emas 'gergasi' ditemui, pihak berkuasa beri amaran jangan lepas ikan peliharaan sembarangan
Ikan emas peliharaan boleh membesar dengan saiz luar biasa apabila dibebaskan ke habitat asal dan mengganggu ekosistem.
![PGA rampas ikan hiasan, kura-kura albino di tepi Sungai Golok PGA rampas ikan hiasan, kura-kura albino di tepi Sungai Golok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61617080985_PGA.jpg)
PGA rampas ikan hiasan, kura-kura albino di tepi Sungai Golok
Sepasukan anggota Strike Force PGA9 mengesan sebuah kereta jenis Nissan Latio dalam keadaan mencurigakan berdekatan pangkalan haram Hassan Merah, pada pukul 3.00 pagi.
![Ikan emas 'kelainan upaya' dapat jaket keselamatan bantunya berenang Ikan emas 'kelainan upaya' dapat jaket keselamatan bantunya berenang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614490525_ikanemasgoldensa.jpg)
Ikan emas 'kelainan upaya' dapat jaket keselamatan bantunya berenang
Ikan emas malang ini yang disahkan mengalami gangguan pundi kencing, sekaligus mempengaruhi daya apungannya.
![Hebat! Ikan emas pun pandai main bola sepak Hebat! Ikan emas pun pandai main bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600415856_goldfish.jpg)
Hebat! Ikan emas pun pandai main bola sepak
Rupa-rupanya mitos yang mengatakan seekor ikan emas hanya mempunyai memori selama tujuh saat itu tidak benar!
![Abah-abah dicipta buat ikan emas, ibarat mengguna kerusi roda Abah-abah dicipta buat ikan emas, ibarat mengguna kerusi roda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563580034_DisabledGoldfish.jpg)
Abah-abah dicipta buat ikan emas, ibarat mengguna kerusi roda
Pereka fesyen cipta abah-abah (harness) pada ikan emas yang sukar untuk berenang bagi membolehkan ia terapung dan tidak tenggelam di dasar akuarium.