Video berunsurkan gurauan kononnya hoverboard yang popular dalam filem Back To The Future benar-benar wujud trending di media sosial. Ini kerana video tersebut turut mengaitkan beberapa selebriti Hollywood dan juga atlet ternama.

Di samping dapat merasai sendiri pengalaman bekerjasama dengan pelakon Back To The Future, Christopher Lloyd, penggambaran untuk video ini juga telah menarik minat ramai untuk menjadikan hoverboard sebagai salah satu sukan ekstrim masa depan.




Turut terlibat, lagenda papan selaju, Tony Hawk yang tampil mendedahkan perkara sebenar kepada orang ramai berkenaan video viralnya itu.