PERNAHKAH anda mengalami momen apabila tersilap membawa pulang lengkuas walhal, ibu atau isteri meminta bantuan membeli halia?
Pasti jawapannya, ya! Situasi tersebut berlaku berikutan halia, lengkuas dan kunyit memiliki rupa dan tekstur yang hampir sama.
Justeru bagi mengelakkan kekeliruan terutamanya kepada golongan lelaki dan si bujang, Oh! Lelaki kongsikan perbezaannya.
Halia
Halia atau nama botani Zingiber Roscoe adalah sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah dalam masakan.
Ia ditanam secara meluas di negara India, China, Thailand, Nigeria, Australia termasuklah Malaysia.
Selain dikatakan melawan rasa loya, halia yang memiliki rasa pedas turut membantu mengurangkan radang,mengawal kolesterol, membuang angin dan melegakan kesakitan haid.
Tekstur kulit: Ia berwarna coklat kekuningan manakala permukaannya sedikit kasar. Isinya pula lembut dan berserabut.
Lengkuas
Lengkuas yang lazimnya digunakan dalam masakan tempatan dan negara jiran, Indonesia merupakan salah satu tumbuhan keluarga halia.
Tekstur kulit: Permukaan lengkuas berwarna krim kemerahan, licin dan mempunyai rerambut pada bahagian ruas manakala isinya lebih keras dan pedas berbanding halia.
Kunyit
Kunyit atau Curcuma Longa bukan sahaja berfungsi sebagai pewarna asli dalam masakan bahkan, penambah rasa makanan dan membantu mencantikkan kulit.
Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika mengupas kunyit kerana warna akan melekat pada tangan dan sukar untuk dihilang dalam kadar segera.
Tekstur kulit: Permukaannya kasar dan berwarna coklat manakala isinya pula berwarna kuning pekat.
Sinar Harian
Tue Jun 18 2019
Halia atau nama botani Zingiber Roscoe adalah sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah dalam masakan. Ia ditanam secara meluas di negara India, China, Thailand, Nigeria, Australia termasuklah Malaysia. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 24 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Turkish Airlines sambung semula penerbangan ke Damsyik selepas 13 tahun
Syarikat penerbangan Turkish Airlines menyambung semula penerbangan ke ibu negara Syria, Damsyik, pada Khamis selepas hampir 13 tahun.
Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
AWANI Tonight 23 Jan 2025
AWANITonight with Ashwad Ismail & Najib Aroff
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok
Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Lengkuas dari Thailand dirampas
Lengkuas itu ditemui disorok di bahagian belakang lori ketika pemandu lori berkenaan cuba melintasi Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan Malaysia Bukit Kayu Hitam, pada Rabu malam.
Hati-hati guna halia, lengkuas dan kunyit
Pernahkah anda mengalami momen apabila tersilap membawa pulang lengkuas walhal, ibu atau isteri meminta bantuan membeli halia? Pasti jawapannya, ya!