KUALA LUMPUR: Di Malaysia, asma merupakan salah satu penyakit pernafasan yang meningkat secara konsisten setiap tahun.
Beberapa tahun kebelakangan ini, dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4 peratus kepada 9.4 peratus dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 7 tahun dan daripada 9 peratus kepada 13 peratus dalam kalangan kanak-kanak berumur 13 hingga 14 tahun.
Melihat kepada peningkatan bilangan pesakit asma di Malaysia dam kepentingan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan asma, Asthma Malaysia dan AstraZeneca, sekali lagi telah bekerjasama menganjurkan kempen awam ‘Breathe Better’ bertempat di 1 Mont Kiara, bersempena Sambutan Hari Asma Sedunia.
Majlis ini telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif dan dirasmikan oleh Perunding Perubatan Pernafasan, Dr Helmy Haja Mydin; penyanyi dan juruhebah Dina Nadzir serta Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZeneca, Ashwini Saha.
Bertemakan "Kawal Asma Anda," kempen ini menyasarkan dalam mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang, dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.
Bercakap mengenai kempen Breathe Better, Dr. Helmy berkata: “Amat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam bagaimana untuk menguruskan asma. Mendapatkan diagnosis awal adalah penting bagi mengelak serangan yang boleh melumpuhkan dan meletihkan. Langkah awal dan kawalan yang betul dengan ubat yang sesuai bukan sahaja dapat menghalang penyakit yang teruk, tetapi ianya mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang.”
“Kempen ini juga bertindak sebagai peluang bagi warga profesional dan individu yang mengidap asma untuk turut sama berkongsi pengalaman dan pandangan dengan tujuan untuk menambahbaik penjagaan dan pengurusan asma di Malaysia,” tambah Dr. Helmy.
Statistik menunjukkan di Malaysia, jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengan kira-kira 1,700 kes dilaporkan pada 2014.
Angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain, tetapi menurut pakar kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan.2
Dengan penilaian klinikal yang bersesuaian, asma boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan teruk dan berdasarkan kepada keparahan/ketenatan, pesakit memerlukan jenis dan dos ubat berbeza bagi mengawal keadaan mereka.3
“Asma yang teruk biasanya memerlukan rawatan dan pengurusan perubatan sepanjang hayat. Ianya sukar untuk dirawat dan tempoh pemulihan daripada serangan asma yang teruk adalah berbeza berdasarkan situasi individu. Amat penting bahawa mendidik orang awam pengetahuan mengenai asma merupakan satu usaha berterusan tanpa henti.
Menurut Dr. Helmy, kesedaran orang awam terhadap perbezaan ketiga-tiga kategori masih rendah.
Bahkan, tegas beliau, apa yang perlu diingatkan juga ialah setiap peringkat memerlukan kaedah rawatan yang berbeza dalam pengurusan asma.
Pesakit asma yang teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih mudah terdedah kepada serangan asma yang berulang walaupun mereka mahir dalam menggunakan penyedut dengan betul.
Ini disebabkan beberapa faktor penyumbang kepada serangan yang teruk, seperti tahap kiraan darah putih yang sangat tinggi.
Pesakit ini bukan sahaja mengalami gangguan tidur setiap hari tetapi aktiviti harian mereka juga boleh menjadi terbatas.
Terdapat kebarangkalian tinggi bahawa mereka boleh menjadi terlalu bergantung kepada ubat-ubatan yang memberikan kelegaan segera seperti penyedut dan steroid oral setiap hari untuk jangka panjang namun ianya tidak digalakkan.
Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 di 1 Mont Kiara merangkumi permainan berasaskan pendidikan dan pameran yang memaparkan mesej pembelajaran utama berkaitan asma, bertindak sebagai platform untuk orang ramai lebih memahami dan memperoleh maklumat awal mengenai penyakit pernafasan ini.
Turut diadakan sesi perkongsian asma oleh artis tempatan Dina, di samping reruai permainan yang interaktif dan pertandingan mewarna bagi peserta yang lebih muda.
Astro Awani
Fri May 12 2023

Dari kiri Dr Helmy Haja Mydin, Ashwini Saha dan Dina Nadzir ketika menjayakan kempen awam "Breathe Better" bertempat di 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur, bersempena Sambutan Hari Asma Sedunia baru-baru ini.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bapa sedih anak maut kereta terjunam dalam sungai
Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anaknya maut selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai dekat Kampung Telok Jering, di sini, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Hari Asma Sedunia ajak komuniti tingkat kesedaran pengurusan
Kempen "Kawal Asma Anda" mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang.

Sukan SEA Kemboja: Isytihar masalah kesihatan atlet, elak isu doping
Pengurusan bimbang atlet dengan penyakit asma dikhuatiri gagal ujian doping akibat pengambilan ubatan tertentu.

Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia, ada sejarah penyakit asma
Pemain Piala Presiden Selangor FC Muhammad Husni Idrus yang meninggal dunia semalam dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma.

Kalau ada tompok begini dalam rumah segera bersihkan...
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

"Temankan mama, Ben" - Ahli keluarga, rakan artis tangisi pemergian Benjy
Allahyarham akan dikenang bukan sahaja sebagai insan seni dengan bakat luar biasa, malah saudara, abang dan adik yang sangat dikasihi.

Benjy meninggal dunia di Medan
Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit Asma.

Jerebu: Peratusan penyakit asma, konjunktivitis meningkat
Kes penyakit asma mencatatkan peningkatan sebanyak 3.5 peratus daripada 1,222 kepada 1,265 kes sepanjang tempoh 15 hingga 21 September berbanding minggu sebelumnya.