Masa depan dugong di negara ini semakin terancam sejak penemuannya pada lewat 1960-an.
Percaya atau tidak, kini dianggarkan hanya tinggal kira-kira 100 ekor dugong sahaja di seluruh negara, sekali gus berdepan ancaman kepupusan.
Hakikatnya, bilangan populasi mamalia akuatik itu amat sedikit dengan kebanyakannya didapati di perairan negeri Johor, Sarawak dan Sabah.
Dianggarkan hanya tinggal 40 hingga 50 ekor di Johor, manakala 20 hingga 30 ekor di Sabah dan juga Sarawak.
Situasi itu semakin meruncing dengan purata kematian dugong direkodkan antara tiga dan lima ekor setahun.
Menurut Pengurus Program yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) Dugong di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu, Dr Donna Kwan, antara faktor menyumbang kepada penurunan populasi hidupan laut berkenaan akibat tersangkut dalam pukat, selain pencemaran laut dan kemusnahan habitat hidupan berkenaan.
"Kadang-kala apabila pukat diturunkan sehingga dasar laut khususnya di kawasan berumput di mana dugong suka mencari makan, ia akan tersangkut pada pukat berkenaan dan lemas kerana ia perlu bernafas setiap 5-7 minit. Itu adalah punca kematian terbesar dugong," katanya pada sidang media mengenai konservasi dugong di Malaysia, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia telah menyediakan Pelan Tindakan Pengurusan dan Pemuliharaan Dugong di Malaysia (NPOA) bagi melindungi spesies berkenaan termasuk memelihara ekosistem rumput laut.
Seekor dugong dikatakan perlu memakan kira-kira 40 kilogram rumput laut sehari, serasi dengan gelaran diberikan kepada haiwan berkenaan iaitu 'lembu laut'.
Lindungi habitat
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan, kajian akan dijalankan bagi mengenal pasti kawasan rumput laut di Malaysia sebagai usaha memelihara dugong dan habitatnya.
"Kawasan yang ada dugong adalah kawasan yang ada rumput laut. Kalau tiada rumput laut, maka tiada dugong. Jadi kita perlu memelihara kawasan-kawasan rumput laut ini bagi memastikan dugong kekal dalam negara, kerana di dunia, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai dugong.
"Kalau tidak dipelihara satu hari nanti kita tidak akan ada lagi dugong di negara ini dan generasi akan datang tidak akan tahu apa itu dugong," katanya.
Hakikatnya, masih tidak banyak kajian dilakukan ke atas spesies terancam itu.
Menerusi Projek Penyelidikan Dugong dan Rumput Laut, badan antarabangsa, Global Environment Facility (GEF) telah memperuntukkan dana USD190,000 bagi tujuan penyelidikan untuk tempoh tiga tahun.
Projek penyelidikan berkenaan adalah projek serantau melibatkan lapan buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Madagascar, Mozambique, Vauatu, Solomon Island, Timor Leste dan Sri Lanka.
Kerajaan juga dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Mengenai Dugong pada bulan Mac tahun depan bertujuan memperkemaskan lagi tindakan bersama antarabangsa bagi memastikan kelangsungan hidup jangka panjang dugong dan habitat rumpai laut.
Tan Su Lin
Wed Nov 02 2016
Purata kematian dugong di negara ini direkodkan antara tiga dan lima ekor setahun. Foto AFP / AAMP / PIERRE LARUE
Pernah empat kali diserang strok, Sheqal sebak terima bantuan
"Saya sedih, dulu kita tolong orang, sekarang orang bantu kita pula."
TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
#AWANIRingkas 24 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 November 2024
1️⃣ Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
2️⃣ MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
3️⃣ Kertas siasatan kes Faisal Halim dirujuk ke Peguam Negara
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
2️⃣ MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
3️⃣ Kertas siasatan kes Faisal Halim dirujuk ke Peguam Negara
#awaniringkas
23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di timur Lubnan
Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar.
Trump rancang pecat pasukan peguam penyiasat Jack Smith
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump, dilaporkan merancang untuk memecat keseluruhan pasukan Peguam Khas Jack Smith.
Menurut media tempatan, ia susulan pasukan itu yang menyiasat penglibatannya dalam insiden rusuhan di Capitol pada 2021 serta kes dokumen sulit.
Menurut media tempatan, ia susulan pasukan itu yang menyiasat penglibatannya dalam insiden rusuhan di Capitol pada 2021 serta kes dokumen sulit.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.
Cadangan tertakluk justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari mulai 30 November
Rakyat Malaysia yang memasuki China bakal menikmati pengecualian visa pelancong sehingga 30 hari berbanding ketika ini 15 hari.
Empat individu cemas, rumah kedai terbakar di Kajang
Empat individu termasuk dua wanita dan dua lelaki terselamat dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, awal pagi Ahad.
Hanya tinggal 100 ekor dugong di Malaysia
Dianggarkan hanya tinggal 40 hingga 50 ekor di Johor, manakala 20 hingga 30 ekor di Sabah dan juga Sarawak.