KANGAR: Gulai ikan sembilang Warung Kopi Tandop menjadi tarikan baharu pengunjung ke Kampung Tok Kuning bagi merasai keenakan dan kesegaran hidangan ikan itu sambil menikmati keindahan semula jadi muara Sungai Perlis.
Pemilik warung Umairah Mustaffa, 42, berkata gerai yang terletak di Jeti Nelayan Kampung Tok Kuning itu menjadi tumpuan setiap kali cuti persekolahan dan dia terpaksa mengambil empat orang pekerja bagi membantunya melayan pengunjung yang datang dari luar Perlis.
Umairah atau lebih mesra dipanggil Kak Tirah berkata gerai dibuka empat tahun lepas itu adalah hasil cetusan arwah suaminya Sunin Pin yang juga seorang nelayan di kampung berkenaan.
"Saya ambil bekalan ikan sembilang secara terus daripada rakan-rakan nelayan kerana ingin sajikan ikan yang segar kepada pelanggan, di samping berniaga saya dapat membantu nelayan setempat," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut Umairah, ikan sembilang dijual mengikut selera pelanggan yang mahukan hidangan sama ada bahagian kepala, isi dan ekor mengikut saiz pada harga sekitar RM6.
"Selain dimasak gulai, isi ikan sembilang yang manis dan lembut juga sedap digoreng," katanya yang mengekalkan resepi gulai diwarisi daripada moyangnya.
Katanya, dia memerlukan 10 kilogram ikan kembung dan enam kilogram ikan sembilang bagi menampung permintaan pelanggan setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023

Ikan sembilang dijual mengikut selera pelanggan yang mahukan hidangan sama ada bahagian kepala, isi dan ekor mengikut saiz pada harga sekitar RM6. - Facebook Warung Kopi Tandop

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Gulai sembilang tarikan Kampung Tok Kuning
Gerai yang terletak di Jeti Nelayan Kampung Tok Kuning itu menjadi tumpuan setiap kali cuti persekolahan.