'2016 Doodles Fruits Games' yang berdurasi 1:09 minit - dimuat naik pada Jumaat - menjadi kesinambungan kepada acara pembukaan rasmi Rio 2016 itu nanti.
Video itu memaparkan pelbagai watak animasi buah-buahan di sebuah gerai yang beraksi untuk acara sukan seperti maraton, lumba basikal, polo air dan juga golf.
Berbeza dengan acara sukan Olimpik yang bersaing bagi merebut pingat emas, 'atlet buah-buahan' ini sebaliknya bersaing menjadi buah yang paling segar.
Selain itu, Google juga mempromosikan aplikasi permainan video terbaharu 'Fruit Games' yang dibina bagi platform Android serta iOS.
![Google juga mempromosikan aplikasi permainan video terbaharu 'Fruit Games' yang dibina bagi platform Android serta iOS](http://img.astroawani.com/2016-08/41470408060_freesize.jpg)