"TIDAK mahu kuingat lagi, Apa yang telah terjadi, Tragedi Oktober..."
Bait-bait lirik lagu 'Tragedi Oktober' dendangan penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Awie itu cukup sinonim dengan bulan Oktober.
Bagaimanapun, apa sebenarnya yang menarik berlaku di Malaysia sepanjang bulan kesepuluh ini?
#GarisMasa kumpulkan 10 berita menarik yang mencuri tumpuan ramai. Kita mulakan dengan isu semasa iaitu;
1. Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri
Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.
2. 998 kawasan Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air
Menurut Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan, wilayah terlibat antaranya Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
3. Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid dapat kebenaran pelepasan sementara pasport ke luar negara.
BACA: Mahkamah benar pelepasan sementara pasport untuk Najib ke Singapura
BACA: Mahkamah benar pelepasan sementara pasport untuk Rosmah ke Singapura
BACA: 'Doakan semoga urusan rawatan saya di Jerman dipermudahkan'
4. Rogol bukan lawak: Pandelela dedah jurulatih terpalit kes rogol 'dilindungi'
"Tetapi paling sedih, dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tetapi kami atlet tidak boleh buat apa, sebab 'back up' besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri," kata ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong.
Seterusnya, kita beralih ke kemelut politik di Melaka hingga menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijadual berlangsung pada 20 November depan.
5. DUN Melaka dibubar - Speaker
Tuan Yang Terutama Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas pada 4 Oktober 2021 (Isnin)," kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
6. Kerajaan Melaka tumbang: Hubungan saya dengan mereka amat baik - Sulaiman
“Apabila mengatakan kerajaan sekarang ini sebaliknya, maka tak tahu apa hendak cakap. Selama ini (dalam) mesyuarat, apa yang diperlukan saya sentiasa bantu dan saya berikan kerjasama,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
7. Kerajaan Melaka tumbang: 'Tidak boleh ada dua singa di atas satu gunung' - Idris Haron
Teka-teki ‘gelora’ politik Melaka akhirnya terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Suleiman Md Ali.
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
Dan sebelum mengakhiri bulan ini, kita soroti mengenai #Bajet2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen, 29 Oktober lalu.
8. Ini 25 senarai manfaat diterima belia menerusi Bajet 2022
Kementerian Kewangan memaklumkan golongan bujang dengan pendapatan di bawah RM2,500 akan menerima RM350 manakala warga emas bujang atau tiada pasangan dengan pendapatan kurang daripada RM5,000 akan menerima RM600.
9. Bajet 2022: Tengku Zafrul mohon maaf jika ada kekurangan, ikrar Keluarga Malaysia jadi keutamaan
"Saya menyusun jari sepuluh jika ada sebarang kekurangan tetapi yakinlah bahawa kesejahteraan #KeluargaMalaysia sentiasa menjadi keutamaan kami," tulis Tengku Zafrul.
10. Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
"Saya sendiri berasal dari sektor swasta, saya faham keluhan itu, tetapi saya fikir kalau dibandingkan dengan bonus tahunan pekerja swasta, ia bukanlah pada kadar berlebihan," kata beliau dalam program Agenda AWANI bertajuk Bajet 2022: Dari Rakyat Untuk Rakyat, pada Sabtu.
Farhana Joni
Sun Oct 31 2021

Rentas negeri, pembentangan Bajet 2022 dan kemelut politik Melaka antara berita yang mencuri tumpuan ramai sepanjang Oktober 2021 - Gambar Astro AWANI
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

#GarisMasa: 10 berita mencuri tumpuan ramai sepanjang Oktober 2021
Bait-bait lirik lagu Tragedi Oktober dendangan penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Awie itu cukup sinonim dengan bulan Oktober.