GAJI RM80,000 sehari. Masyuk sangat ni. Dalam sehari dah dapat banyak tu, bayangkan kalau sebulan, mahunya berjuta ringgit. Kaya sangat ni.
Namun, nak dapat gaji RM80,000 itu tidaklah semudah yang disangka. Jiwa kena kental dan hati kering. Sanggup terima risikonya. Inilah yang perlu kena hadapi dan berbaloi dengan apa yang dapat itu.
Inilah yang dikatakan kerja paling bahaya di dunia. Hanya dengan menjadi tukang tukar mentol, mampu perolehi gaji RM80,000 sehari. Bukan calang-calang kerja ye!
Tukang tukar mentol, waktu kerja cuma sehari sahaja dan tugas yang dilakukan ini hanya 6 bulan sekali. Gaji memang masyuk. Tapi, biasanya kerja yang gaji tak realistik ini lebih terdedah kepada bahaya.
Bukan setakat terdedah pada bahaya, tapi silap langkah boleh membawa maut. Berapa ramai yang berani untuk melakukan kerja ini? Tugasnya cukup simple, hanya tukang tukar mentol, dibayar gaji USD20,000 atau RM80,000 sehari!
Tugasnya, kena panjat menara TV dengan ketinggian 1,500 kaki sambil memikul perkakas elektrik yang berat.
Kerja ini tidaklah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi mereka yang ada rasa gayat dengan ketinggian.
Betapa gayatnya bila tengok gambar pekerja ini. Memang berbaloi dengan kerja yang dilakukan. Malah bukan sebarangan orang yang dapat lakukan. Hanya berkekelulusan tertentu seperti kejuruteraan elektrik dan perlu menjalani latihan tersendiri sebelum mejalankan tugas.
Berdasarkan Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat, pekerja menara elektrik dan komunikasi di negara membangun menerima gaji purata tahunan berjumlah lebih RM271,249 atau (USD 67,000). Walaupun bayaran yang diberikan amat berbaloi, namun kerana risikonya membuatkan ramai takut untuk memohon. Sehingga kini, mengikut statistik di Amerika Syarikat, hanya 9,000 orang sahaja yang bekerja dalam bidang ini dan mereka menyasarkan lebih ramai untuk bekerja. - Mingguan Wanita
Sumber:
Mingguan Wanita
Sun Dec 04 2022
![Gaji RM80k sehari jadi tukang tukar mentol, kerja 6 bulan sekali! Gaji RM80k sehari jadi tukang tukar mentol, kerja 6 bulan sekali!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670129693_MENTOL.jpg)
Bukan setakat terdedah pada bahaya, tapi silap langkah boleh membawa maut. Berapa ramai yang berani untuk melakukan kerja ini? - Foto Mingguan Wanita
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Gaji RM80k sehari jadi tukang tukar mentol, kerja 6 bulan sekali! Gaji RM80k sehari jadi tukang tukar mentol, kerja 6 bulan sekali!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670129693_MENTOL.jpg)
Gaji RM80k sehari jadi tukang tukar mentol, kerja 6 bulan sekali!
Mahukan gaji RM80,000 sehari tidak semudah yang disangka, jiwa kena kental dan hati kering.