Gaya ibu bapa menghadiahkan telefon dan tablet berinternet kepada anak mungkin dianggap bersesuaian dengan zaman teknologi, namun ia sebenarnya mampu mempengaruhi si anak kepada masalah sosial, terutama aktiviti seksual luar nikah.
Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA) Sabri Rahman berkata budaya menghadiahkan gajet kepada anak sebagai pengganti kesibukan ibu bapa perlu dihentikan kerana ia akan menjadi racun yang mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial termasuk kes rogol dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
"Mereka (ibu bapa) menyedari kesibukan itu, malangnya mereka tidak mencari jalan untuk meluangkan masa bersama sebaliknya menghadiahkan gajet untuk menggembirakan anak-anak dan menebus waktu kesibukan mereka," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas mengenai laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendedahkan kes rogol membabitkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini berpunca daripada penyalahgunaan internet membabitkan pelaku yang masih bersekolah.
Siasatan mendapati punca utama mereka terlibat dalam jenayah itu selepas terpengaruh dengan media sosial seperti Facebook dan laman sesawang yang memaparkan video dan bahan-bahan lucah di internet.
Agensi berita di London melaporkan kajian terbaharu 'The Journal of Pediatrics' mendapati perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah secara elektronik atau 'sexting' berkemungkinan mendorong aktiviti seksual membabitkan bukan sahaja pelajar sekolah tinggi tetapi juga pelajar sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun.
Jurnal berkenaan mendedahkan kajian yang dijalankan ke atas 420 responden gred tujuh di lima sekolah rendah awam di bandar Rhode Island, Amerika Syarikat mendapati pelajar cenderung untuk bercium, melakukan seks oral atau hubungan seks berbanding rakan sebaya yang tidak menghantar mesej lucah.
Asas kebimbangan Sabri dikukuhkan lagi apabila gajet yang diberikan kepada anak tidak dipantau sebaliknya dibiarkan menjadi 'sahabat' yang boleh merosakkan minda terutama untuk golongan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
"Lebih mengecewakan apabila masih ramai ibu bapa yang tidak 'IT savvy', mereka sendiri pun tidak tahu menggunakan gajet canggih apa lagi untuk memantau gajet yang digunakan anak-anak," katanya.
Malah agensi turut melaporkan hasil kajian itu saintis mendapati, 'sexting' dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.
Menurut pengkaji, kumpulan ini empat hingga tujuh kali lebih cenderung melakukan perlakuan seksual lain.
Penceramah bebas Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid pula berkata gajet berinternet ibarat lautan tanpa sempadan mampu memberi masyarakat pelbagai ilmu namun bagi golongan kanak-kanak dan remaja, yang dipenuhi perasaan ingin tahu penerokaan laman sesawang tanpa kawalan pastinya mengundang impak negatif.
"Memang kanak-kanak dan remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan membawa kepada akibat negatif yang serius," katanya.
Antara cadangan lain, Wan Akashah turut meminta agar filem dan drama yang menayangkan adegan mesra suami isteri seperti berpeluk dan bercium tidak disiarkan di kaca televisyen.
Beliau berkata penerbit drama dan filem perlu memberi perhatian isu berkenaan kerana adegan seperti itu yang dianggap biasa bagi golongan dewasa tetapi sebenarnya sesuatu yang baharu bagi kanak-kanak yang mendorong mereka untuk menirunya.
Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Mohamed Fadhil Che Din berkata senario kini menyaksikan banyak kes-kes rangsangan seksual yang ditonton dan dipelajari golongan kanak-kanak dan remaja secara tidak langsung melalui media sosial dan persekitaran.
Justeru beliau berkata untuk membendung kes seumpama itu, ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil perhatian serius kerana ia melibatkan pembentukan sahsiah diri generasi masa hadapan.
Bernama
Tue Jan 14 2014
- gambar hiasan
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Gajet boleh jadi racun kepada kanak-kanak dan remaja
Gaya ibu bapa menghadiahkan telefon dan tablet berinternet kepada anak mungkin dianggap bersesuaian dengan zaman teknologi, namun ia sebenarnya mampu mempengaruhi si anak kepada masalah sosial.