PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memperkenalkan Fun Map Of Port Dickson sebagai inisiatif merancakkan semula aktiviti pelancongan di pusat peranginan daerah berkenaan yang suram hampir dua tahun akibat pandemik COVID-19.
Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Muhammad Zaki Yahya berkata, brosur tersebut mempunyai 'QR Code' bagi memudahkan pengunjung mendapatkan lokasi serta maklumat tentang pelancongan menarik di daerah ini secara cepat dan interaktif.
Katanya, brosur berkenaan diedarkan secara berperingkat ke 67 hotel di Port Dickson yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
"Sebanyak 100 helai brosur Fun Map Of Port Dickson diberikan kepada pihak hotel dan kemudian mereka (pihak hotel) akan mengedarkan kepada pengunjung yang datang menginap ke hotel masing-masing," katanya kepada pemberita selepas Program Edaran Fun Map Pelancongan Port Dickson yang turut dihadiri Pengarah MOTAC Negeri Sembilan Siti Mazlina Maidin.
Antara lokasi menarik di Port Dickson menerusi Fun Map Of Port Dickson adalah ekopelancongan seperti PD Forest Sungai Menyala, pelancongan pertanian di Homestay Kampung Pachitan di samping pelancongan pantai termasuk Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Tanjung Biru.
Selain itu, beliau berkata terdapat pelancongan pendidikan seperti melihat anak bulan di Balai Cerap Teluk Kemang, melihat bintang di Taman Eco Rimba Pasir Panjang serta pengunjung boleh menikmati pelancongan makanan, melakukan aktiviti snorkeling Port Dickson dan mencari buaya di kelong memancing.
Katanya, pemantauan dan pengawasan di setiap lokasi tumpuan sentiasa dilakukan bagi memastikan orang ramai menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
Brosur berkenaan diedarkan secara berperingkat ke 67 hotel di Port Dickson yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
Fun Map of Port Dickson perkenal lokasi menarik di PD
Brosur tersebut mempunyai 'QR Code' bagi memudahkan pengunjung mendapatkan lokasi serta maklumat tentang pelancongan menarik.