KUALA LUMPUR: Konsert mini XO House x High Cultured berlangsung penuh tenaga di Bentley Music Auditorium, dihadiri oleh hampir 1,000 penonton dan peminat yang membanjiri malam yang penuh bertenaga pada Jumaat lalu.

Terdahulu sebelum itu, setelah penjualan tiket diumumkan, tiket konsert mini berkenaan habis terjual bagaikan pisang goreng panas, hanya dalam tempoh kurang dari seminggu.

Acara itu turut menghasilkan lapan reka bentuk baju eksklusif penuh indah mencerminkan identiti simbolik XO House serta kerjasama yang unik antara dua dunia.

Malah ia turut dipertingkatkan ke tahap yang lebih segar, oleh bintang naungan XO House, Iman Troye, Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel dan Alya Mardien yang menghidupkan setiap karya eksklusif dan memamerkan gabungan sempurna ‘streetwear’


Malah ia turut dipertingkatkan ke tahap yang lebih segar, oleh bintang naungan XO House, Iman Troye, Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel dan Alya Mardien yang menghidupkan setiap karya eksklusif  dan memamerkan gabungan sempurna ‘streetwear’


Adib Hamdi selaku Pengasas dan CEO XO House berkata, kerjasama bersama High Cultured ini adalah padanan semula jadi.

“Kami berkongsi visi yang sama untuk menggabungkan seni, inovasi, dan budaya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan. ‘House Party’ ini umpama pencapaian yang melakar kejayaan manis buat kami,” kata Adib.

Ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Adib, XO House adalah sebuah label rakaman yang menyokong artis muda tempatan dengan menyediakan platform yang hebat dengan persekitaran yang positif untuk kejayaan artis.

XO House juga menawarkan pengurusan bakat, pengeluaran muzik dan video, serta perkhidmatan strategi pemasaran.

“Iman Troye contohnya pernah dicalonkan untuk Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon dalam Kategori Artis Asia Terbaik mewakili Malaysia untuk tahun 2024.

“Tak lupa 2x Platinum untuk "Langit Yang Sama" nyanyian Dalia Farhana. Baru-baru ini, XO House memperkenalkan artis dengan bakat baru, Zubir Khan yang dikenali dengan lagu hit "Yennode Macha" dan Naim Daniel, Juara AJL yang ke - 34. Selain itu, Alya Mardien, yang baru sahaja menandatangani kontrak dengan XO House, akan dibimbing untuk mengembangkan kerjayanya,” kata Adib.

Sementara itu, KC Teo dan Dennis Low selaku pengasas High Cultured berkata, tujuan mereka bekerjasama adalah untuk menyediakan platform bagi kreativiti dan membawa pemikiran positif kepada golongan muda dan penonton yang lebih luas.

“Apabila kami bertemu dengan pengasas XO House, kami sedar bahawa kami mempunyai jalur visi dan cetusan pemikiran yang sama. Justeru, ini yang membawa kepada kerjasama ini.

“Malah kerjasama ini juga membuka jalan yang kukuh untuk sambutan ulang tahun ke-17 kami dengan acara yang kami lakukan dan rancang," katanya.