KEBELAKANGAN ini, lagu siri animasi kanak-kanak dari Indonesia, Si Nopal, cukup popular dalam kalangan netizen di negara ini.
Paling menjadi ikutan adalah lagu 'Berkemah Bersama Si Nopal' sehingga turut menjadi siulan kanak-kanak.
Namun begitu, pendakwah bebas Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman, baru-baru ini memaklumkan salah satu perkataan yang terdapat dalam lagu berkenaan membawa maksud yang tidak baik.
Perkataan tersebut adalah 'bahenol' yang dakwa Azman bermaksud 'montok atau mengghairahkan'.
Justeru, Azman meminta agar orang ramai tidak membiasakan diri dan seboleh mungkin mengelak daripada menyebut perkataan itu.
"Saya dimaklumkan oleh pengguna laman sosial, dan saya sendiri ada merujuk dengan beberapa orang, mereka mengesahkan maksudnya tidak baik," kata Azman.
Dalam pada itu, juara Pencetus Ummah musim kedua itu yang juga seorang pakar motivasi, turut meminta maaf kerana ada memuat naik video yang mempopularkan lagi lagu berkenaan.
"Saya sudah membuang video tersebut dan saya menyarankan agar orang ramai tidak menyebut dan mengikuti perkembangan Si Nopal," katanya dalam satu sesi Instagram Live.
Si Nopal merupakan animasi yang dimuat naik ke laman web Ciayo Comics sejak Mei 2017.
Ia mula mendapat perhatian di negara ini selepas penyanyi, Wany Hasrita menyanyikan lagu 'Berkemah Bersama Si Nopal', atas permintaan peminat di Instagram.
Madiha Abdullah
Tue Feb 12 2019

PU Azman dakwa 'bahenol' bawa maksud lucah dan menyarankan orang ramai tidak terus mempopularkannya. -Instagram

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dibacakan pada prosiding sebutan semula kes.

Amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
Keputusan itu dibuat Hakim Noridah Adam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Fenomena Si Nopal: 'Bahenol' bawa maksud lucah?
PU Azman dakwa 'bahenol' bawa maksud lucah dan menyarankan orang ramai tidak terus mempopularkannya.