Kebiasaannya, kira-kira dua minggu selepas masyarakat Cina di negara ini meraikan Tahun Baru, ia akan disusuli satu lagi perayaan iaitu Chap Goh Mei, yang turut dimeriahkan dengan letupan mercun dan bunga api.
Tahun ini, Tahun Baru Cina disambut pada 16 Februari dan kemeriahannya dirancakkan lagi dengan perayaan Chap Goh Mei yang memberi seribu makna dan rasa.
Di sini, Astro AWANI kongsikan beberapa fakta menarik mengenai perayaan Chap Goh Mei.
1. Istilah Chap Goh Mei berasal dari dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina. Secara literalnya, Chap memberi maksud ‘10’, Goh adalah ‘lima’ dan Mei pula adalah ‘malam’.
2. Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh.
3. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.
4. Walaupun perayaan ini tidak diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia, ia satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh komuniti Cina kerana ada sebahagiannya yang beranggapan Chap Goh Mei merupakan Hari Kekasih versi kaum itu.
5. Pada malam perayaan Chap Goh Mei, kebiasaannya masyarakat Cina akan berkumpul dan makan secara besar-besaran dengan hidangan tradisi Yuan Xiao (beras pulut berbentuk bulat) selain rumah yang dihias cantik dengan lampu-lampu merah bagi menghidupkan lagi suasana.
6. Secara adatnya, pada hari tersebut, akan dimainkan muzik balada cinta yang dipanggil Dondang Sayang yang diperdendangkan di jalanan dengan instrumen biola, gendang dan gong. Ada ketika, ia menjadi komedi apabila liriknya digubah sendiri oleh penyanyi.
7. Pulau Pinang merupakan salah satu daripada negeri di Malaysia yang membuat sambutan besar-besaran meraikan Chap Goh Mei. Pada malam itu, kerajaan negeri akan menghidangkan makanan-makanan enak di sepanjang jalan selain permainan, persembahan budaya Baba Nyonya dan kuiz. Turut disajikan, perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar 'Chingay'.
Atiqah Ismail
Fri Mar 02 2018
Perayaan Chap Goh Meh dikaitkan dengan lagenda dua wanita bujang membuang buah mandarin oren ke dalam sungai dengan harapan bertemu jodoh. Gambar hiasan
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Fakta menarik di sebalik perayaan Chap Goh Mei
Tahun ini, Tahun Baru Cina disambut pada 16 Februari dan kemeriahannya dirancakkan lagi dengan perayaan Chap Goh Mei yang memberi seribu makna dan rasa.