KUALA LUMPUR:Tatkala kemudahan akses internet membuka peluang kepada penggunaan media sosial yang meluas, ia juga disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk menyebarkan maklumat yang salah dan berita palsu.
Justeru, dalam melangkah ke era pendigitalan, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Clara Chooi menyeru agar rakyat Malaysia menerapkan nilai kemanusiaan dalam segala kandungan digital yang dihasilkan.
“Kita berharap semua, baik pengamal media mahupun pengguna media sosial, perlu peka terhadap kandungan yang dihasilkan.
“Sebelum memuat naik, berkongsi dan ‘like’ sebarang kandungan, kita perlu berhenti dan tanya diri sendiri sama ada kandungan itu akan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain terumanya golongan rentan,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Dalam perkembangan yang berkaitan, selain semangat kemanusiaan, Clara juga menasihati wartawan dan pengamal media untuk mengamalkan nilai saksama dan tidak berat sebelah ketika membuat liputan dalam apa jua isu sekali pun.
“Prinsip-prinsip ini membimbing dan melindungi kesucian kerja kewartawanan, sama juga seperti kerja kemanusiaan.
“Selain itu, prinsip-prinsip ini juga memastikan kerja kita tidak akan mendatangkan bahaya kepada orang lain dan juga kepada diri kita sendiri,” katanya.
Pada Selasa, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan Astro AWANI LINC menzahirkan kerjasama dengan menganjurkan webinar “Telling (Human) Stories in times of Conflict & Crisis” bagi meningkatkan kesedaran berhubung Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ia juga turut bertujuan menggalakkan penghasilan kandungan yang memberi kesan positif terhadap nilai kemanusiaan.
Astro Awani
Wed Dec 23 2020
Dalam melangkah ke era pendigitalan, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam ICRC, Clara Chooi menyeru agar rakyat Malaysia menerapkan nilai kemanusiaan dalam segala kandungan digital yang dihasilkan.
Sarawak keluar satu lesen, tujuh permit kajian karbon
Sarawak akan meneruskan pendekatan baharu dalam pengurusan hutan melalui aktiviti karbon hutan yang bertujuan untuk memelihara dan memulihara kawasan hutan yang telah dibalak serta hutan terosot
PETRONAS labur lebih RM17 bilion dalam sektor minyak dan gas huluan di Sarawak
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah melabur lebih RM17 bilion dalam sektor minyak dan gas huluan di Sarawak melalui kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) setakat suku ketiga 2024.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
"Banyak usahawan Halal utara menghadapi kesukaran" - Rushdan
Ahli Parlimen Padang Besar mencadangkan peruntukan diluluskan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu menjadi pemacu dalam pergerakan ekonomi domestik dan di Asia Tenggara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perolehan projek mineral: SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management dirakam percakapan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon bagi membantu siasatan.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Rumah mampu milik akan dilengkapi rekaan tahan iklim - Nga Kor Ming
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat untuk mengintegrasikan rekaan yang berdaya tahan dengan perubahan iklim dalam projek perumahan mampu milik di masa akan datang.
Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar
Hasil pertama projek cili fertigasi yang kini dalam proses penuaian menandakan pelancaran Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, program melibatkan 20 peserta itu membuka peluang untuk mereka menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,100 sebulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, program melibatkan 20 peserta itu membuka peluang untuk mereka menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,100 sebulan.
Malaysia pintu masuk peluang ekonomi di Asia Tenggara - Forbes
Forbes dalam satu artikel yang diterbitkan pada Rabu berkata Malaysia merupakan pintu masuk perniagaan dunia ke ekonomi Asia Tenggara.
Vivo Malaysia lancar vivo X200 PRO, X200
Vivo Malaysia melancarkan peranti pintar siri mercu X terbaharu, vivo X200 Pro dan X200 pada Rabu.
Era pendigitalan: Kesedaran tentang nilai kemanusiaan perlu ditingkatkan - ICRC
Dalam melangkah ke era pendigitalan, Clara Chooi menyeru agar rakyat Malaysia menerapkan nilai kemanusiaan dalam segala kandungan digital yang dihasilkan.