KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu meningkatkan kepentingan kesedaran terhadap masalah kesihatan mental, di samping mengelakkan tanggapan serong terhadap individu yang menghidap penyakit iut.
Menurut Pegawai Psikologi Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Norhaidah Asma Mohd Hasim, tanggapan yang negatif menjadikan mereka yang mempunyai masalah terkait kesihatan mental dipinggirkan daripada mendapat bantuan sewajarnya.
"Stigma kesihatan mental ni merujuk kepada stereotaip atau pemikiran seorang individu itu berkaitan dengan kesihatan mental sehinggakan mereka ini bertingkah laku untuk meminggirkan atau mengelak daripada membantu dan bersama-sama dengan individu yang mengalami masalah kesihatan mental," katanya ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara utama yang perlu difahami dalam konteks penghidap kesihatan mental adalah menyedari perubahan yang berlaku dalam diri individu.
Ini, katanya, termasuk perubahan emosi yang boleh menjejaskan aktiviti seharian individu.
"Pendekatan yang paling utama adalah diri kita sendiri. Bila kita rasa ada sesuatu yang tidak selesa dengan kita, perubahan tingkah laku, emosi, ataupun menyebabkan kita rasa tidak seronok menjalankan aktivit-aktiviti harian, yang pertama kita perlu dapatkan bantuan untuk diri sendiri," ujar beliau.
Selain itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga giat memperkasakan kesedaran dan bantuan mengenai kesihatan mental termasuk pautan MyMinda yang diperkenalkan di dalam aplikasi MySejahtera.
"Yang paling mudah sekarang KKM juga memperkasakan lagi peranan Mysejahtera. Kita sediakan satu pautan yang penting, iaitu MyMinda, dalam (MyMinda) masyarakat atau individu itu boleh membuat saringan untuk diri sendiri dan mereka boleh dapatkan intervensi dan rujukan ataupun intervensi awal di klinik berdekatan," tambahnya.
Langkah ini sejajar dengan usaha KKM menerusi kempen membendung stigma terhadap kesihatan mental menerusi tema sambutan di peringkat kebangsaan pada Oktober lalu iaitu Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma.
Fahmi Izuddin
Sun Nov 12 2023

Menurut Norhaidah Asma Mohd Hasim, tanggapan yang negatif menjadikan mereka yang mempunyai masalah terkait kesihatan mental dipinggirkan daripada mendapat bantuan sewajarnya.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat
Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.

Henti stigma, cakna isu kesihatan mental tanggungjawab bersama
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding dapatan 2019.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.