PADA 28 September 2018, masyarakat dunia dikejutkan sekali lagi insiden gempa bumi pada skala 7.5 magnitud melanda kawasan Palu, Sulawesi, Indonesia.
Pusat gempa bumi ini terletak kira-kira 78 kilometer utara dari Kota Palu, iaitu di Kabupaten Donggala Sulawesi Tengah.
Gempa bumi kuat itu 'hadir' bersama tsunami dengan ketinggian maksimum antara empat hingga enam meter.
Akibat daripada bencana alam itu, lebih 1,200 individu dilaporkan terkorban, selain bangunan-bangunan di kawasan sekitar runtuh akibat dibadai ombak tsunami.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
BACA: Tsunami Palu: Kesan Kemusnahan Akibat Amukan Bumi
Gempa bumi tersebut telah menyebabkan Sulawesi Tengah diisytiharkan darurat selama 14 hari bagi memudahkan misi bantuan dan menyelamat digerakkan ke kawasan terjejas.
Kini, selepas hampir empat tahun, 'amukan alam' itu masih meninggal kesan di lokasi sekitar dan juga masyarakat.
Tetapi menariknya, di sebalik insiden itu - lokasi tersebut kini menjadi antara kawasan popular untuk orang awam melakukan aktiviti ngabuburit.
Ngabuburit adalah istilah tempatan, iaitu merujuk kepada waktu menunggu berbuka puasa. Ia lazimnya diserikan dengan pelbagai pengisian acara seperti persembahan nasyid, tazkirah, seminar ilmiah dan juga aktiviti budaya serta riadah.
Mereka yang hadir di kawasan tersebut tidak melepaskan peluang merakam swafoto berlatar belakangkan Masjid Terapung Arkam Babul Rahman.
Masjid tersebut yang masih berdiri kukuh antara bukti betapa dasyatnya kesan akibat tsunami.
“Seronok ngabuburit di sini, dengan pemandangan alam yang indah,” kata salah seorang pengunjung yang dikenali sebagai Ahmad, seperti dilapor ANTARA.
Ahmad menambah, pemandangan yang menakjubkan itu disifatkan sesuai untuk meluangkan masa menunggu waktu berbuka, selain menyajikan pemandangan alam yang menakjubkan.
Seorang lagi pengunjung, Arsyad pula berpandangan, dia lebih suka kawasan pantai untuk ngabuburit berbanding tempat lain seperti bukit, kedai kopi, atau kafe.
"Rasanya lebih baik menunggu waktu berbuka di sini. Sambil menunggu, kita boleh menikmati bayu laut dan ombak sambil melihat nelayan menangkap ikan," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Fri Apr 08 2022
Pengunjung berswafoto berlatar belakangkan Masjid Terapung Arkam Babul Rahman - Foto ANTARA/Muhammad Arsyandi/KT
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Di Palu, mayat mula reput, ada yang hancur - Sukarelawan
Kota Palu kini hanya menyajikan episod ngeri dengan penemuan demi penemuan mayat yang sudah reput dan hancur oleh pasukan SAR.
Gempa Sulawesi: 152,000 mangsa masih tertimbus
Dianggarkan 152,000 mangsa masih lagi tertimbus di seluruh kawasan dilanda gempa bumi dan tsunami di Kota Palu, Sulawesi, Jumaat lepas.
Pelajar Malaysia di Sulawesi selamat
Semua pelajar Malaysia di Sulawesi dilaporkan selamat kerana kedudukan mereka jauh dari kawasan gempa bumi yang menggegarkan Kota Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah semalam.