KOTA BHARU: Tradisi orang Kelantan yang memilih daging lembu tempatan untuk dijadikan menu sahur setiap kali menjelang Ramadan memberi kelebihan kepada seorang penjual daging apabila lembu sembelihannya 'licin' hanya dalam tempoh empat jam.
Peniaga Mohd Shahrulrazi Fauzi, 31, berkata sejak semalam permintaan daging lembu tempatan di gerainya yang terletak di Kampung Chica di sini meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa.
Beliau berkata gerainya diserbu orang ramai sejak beberapa lepas dan semalam daging daripada dua ekor lembu tempatan berharga RM10,000 seekor, habis dijual kira-kira pada 12.30 tengah hari.
"Hari ini kita mungkin akan jual (daging) melebihi dua ekor lembu memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan manakala untuk hari 'mege poso' (hari pertama puasa) kita akan sembelih empat ekor lembu untuk dijual.
"Sepanjang Ramadan ini saya mengupah sepupu untuk membantu saya di gerai kerana memang setiap tahun sambutan terhadap jualan daging lembu tempatan sangat memberangsangkan," katanya kepada Bernama di Kampung Chica, di sini, hari ini.
Mohd Shahrulrazi yang sudah lebih 15 tahun berniaga daging lembu tempatan itu berkata 'daging musim' atau daging batang pinang menjadi rebutan utama pelanggan walaupun dijual lebih mahal iaitu RM34 sekilogram berbanding bahagian lain RM32.
Selain daging katanya pelanggan juga membeli tulang, hati dan perut lembu untuk dijadikan lauk bersahur.
Anak sulung daripada tujuh beradik itu memberitahu lembu tempatan termahal setakat ini yang pernah beliau sembelih untuk jualan berharga RM15,000 dengan berat hampir satu tan metrik.
"Walaupun harga belian lembu tempatan agak mahal, namun saya rasa ia sangat berbaloi kerana ia sangat laris dan menguntungkan," katanya.
Sementara itu pelanggan, Azma Ismail, 53, berkata beliau memilih daging lembu tempatan kerana rasanya yang lebih enak dan lembut berbanding daging import selain mampu membuka selera tiga anaknya untuk bersahur.
"Hari pertama sahur, biasanya anak-anak kurang berselera. Kalau ada daging goreng kunyit atau singgang tulang bolehlah buka selera mereka untuk bersahur.
"Lagipun daging lembu tempatan boleh disimpan lama dalam peti dan masih lembut untuk dimasak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Muhd Shahrulrazi Fauzi, 31, melayan pelanggannya yang membeli daging lembu tempatan di gerainya yang terletak di Kampung Chica. - Bernama
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Daging lembu tempatan menu sahur pilihan di Kelantan
Seorang peniaga berkata, sejak semalam, permintaan daging lembu tempatan di gerainya di Kampung Chica meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa.