RANGKAIAN restoran kari Jepun yang popular, CoCo Ichibanya membuka restoran pertamanya di India awal bulan ini di Gurugram, sebuah bandar yang terletak 30km di barat daya ibu kota New Delhi, sekali gus dianggap memulakan 'persaingan kari' di negara Asia Selatan itu.
Kemunculan rangkaian restoran kari asing di India, yang dianggap tempat di mana juadah kari bermula, disifatkan pemerhati sebagai langkah yang berani namun bukan satu keperluan.
Pemilik restoran tersebut bagaimanapun yakin mereka mempunyai kelebihan tersendiri bagi memikat masyarakat di negara yang mempunyai jumlah penduduk hampir 1.4 bilion itu, lapor South China Morning Post.
"Masyarakat tempatan yang mengunjungi restoran kami di Jepun mengatakan kari kami mempunyai rasa yang enak, kami yakin kami mempunyai kekuatan tersendiri," kata Hirosuke Nakamura, Ketua Pegawai Operasi Ichibanya India.
Ichibanya India adalah usaha sama antara konglomerat Jepun, Mitsui (yang mempunyai bahagian 60 peratus ekuiti) dan Ichibanya (40 peratus). Rangkaian ini memiliki 1,300 cawangan di Jepun dan lebih dari 180 cawangan di Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Asia Tenggara.
Kari Jepun menekankan pada rasa manis dan tidak begitu pekat, berbeza dengan kari India. Ia biasanya mengandungi buah, sayur, madu, tepung jagung, pati gandum dan lemak sayuran. Ini berlainan dengan kari India yang biasanya ditumis dengan bawang, bawang putih, halia, garam masala, cili dan kunyit.
Pengenalan kari Jepun di India telah mencetuskan perbandingan yang tidak dapat dielakkan dengan kari tempatan. Hujah berkaitan yang mana satu lebih enak menjadi pertikaian apatah lagi Ichibanya merancang untuk membuka sehingga 30 cawangan di seluruh India dalam tempoh 10 tahun.
Ahli Sejarah dan pengarang buku, Dr Pushpesh Pant, mengakui tidak mempunyai masalah menikmati kari India dan Jepun walaupun keduanya sangat berbeza.
"Kari Jepun nampak seperti stew, bukan 'rupa' yang dianggap orang India sebagai kari. Walaupun rasanya pedas, ia tidak sepedas kari di sini.
"Tetapi orang India sudah biasa merasa pelbagai jenis kari, jadi saya rasa tahap penerimaan kari Jepun di negara ini juga tinggi," katanya.
Seorang chef, Vineet Manocha pula berpendapat kari Jepun mungkin memerlukan sedikit perubahan untuk disesuaikan dengan selera masyarakat India.
"Tetapi perubahan itu perkara biasa. Rangkaian restoran besar yang lain juga melakukannya apabila memasuki pasaran sesebuah negara.
"Masyarakat di India tidak sukar untuk menerima kari dari luar. Sebagai contoh, kari Thai juga sudah menjadi kebiasaan dalam menu harian di sini," ujar Manocha.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sat Aug 22 2020
CoCo Ichibanya buka cawangan pertama di India, awal bulan ini. - Foto/CoCo Ichibanya
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
CoCo Ichibanya buka cawangan di India, 'perang kari' pun bermula!
Pemilik restoran tersebut yakin mereka mempunyai kelebihan tersendiri bagi memikat masyarakat di India.