APPLE telah pun mengumumkan cip Apple M4 yang cukup berkuasa. Ia digunakan pada iPad Pro terlebih dahulu sebelum nanti akan digunakan pada peranti Mac lain.

Tahukah anda yang belum banyak lagi peranti dengan cip M4, Apple telah memulakan pembangunan cip M5 yang dijangka akan dipasarkan pada tahun 2025 atau 2026?

Apple M5 adalah cip yang akan dihasilkan oleh TSMC dengan teknologi SoIC iaitu System on Integrated Chip yang menggunakan rekaan 3D untuk aliran elektrik yang lebih baik berbanding rekaan 2D.

Cip baharu ini dikatakan adalah jenis SoIC hibrid yang menggabungkan gentian karbon termoplastik dan juga teknologi adunan komposit.

Cip ini kini dalam peringkat ujian dan dikatakan akan digunakan pada pelbagai peranti Mac serta untuk pelayan awanan AI Apple.

Kita tahu yang Apple Intelligence menggunakan Private Cloud Compute untuk memproses data dengan selamat dan melindungi data pengguna.

Pelayan-pelayan untuk AI dan pelbagai tugasan lain memproses dalam sistem untuk produk Apple sekarang menggunakan cip M2 Ultra.

Dengan menggunakan cip M5 akan datang, Apple ingin menjamin masa depan yang lebih terjaga kerana cip yang lebih berkemampuan akan mengendalikan pelbagai tugas. -Amanz