ORANG ramai disaran memberikan perhatian dan penekanan berhubung kepentingan pengudaraan dan kualiti udara dalaman (KUD) yang baik, lebih-lebih lagi ketika negara masih dibelenggu wabak COVID-19.
Antara aspek yang mempengaruhi KUD adalah suhu, kelembapan, kulat, bakteria, pengudaraan tidak baik dan pendedahan kepada bahan kimia.
KUD yang tidak baik akan menyumbang kepada ketidakselesaan, menjejaskan kesihatan dan menyebabkan produktiviti individu menurun, apatah lagi mereka yang banyak menghabiskan masa di rumah atau bekerja di dalam bangunan.
Oleh itu, antara cara untuk mendapatkan KUD yang lebih baik adalah dengan menaik taraf sistem pengudaraan dan penyaman udara.
Kini, banyak penyaman udara dilengkapi teknologi dan inovasi maju yang boleh didapati di pasaran.
Misalnya, penyaman udara Hitachi yang direka dengan ciri-ciri unik meliputi kecekapan tenaga dipertingkatkan, teknologi pembersihan kendiri dan kawalan WiFi terbina di dalamnya.
Kecekapan tenaga
Penyaman udara Hitachi dikuasakan oleh sistem Vector DC Inverter yang memberikan prestasi terbaik serta lebih cekap tenaga berbanding sistem tanpa Inverter.
Penyaman udara Hitachi mempunyai fungsi cip mikro yang melaraskan aliran udara dan putaran pemampat (compressor rotation) dengan sewajarnya kepada operasi penjimatan tenaga agar pengguna dapat mengekalkan suhu yang diingini .
Kualiti udara bersih dengan teknologi FrostWash™
Dilengkapi dengan teknologi FrostWash™, ia memastikan kebersihan penyaman udara anda pada tahap terbaik. Ia merupakan teknologi yang inovatif dengan menyingkirkan *99.9 peratus virus, **93 peratus kulat dan bakteria.
Teknologi itu akan berfungsi secara manual atau automatik bergantung kepada model apabila sudah mencapai waktu operasi tertentu. Ia tidak akan memulakan pembersihan kendiri sekiranya mod penyejukan sedang digunakan.
Pengguna boleh menekan butang pada alat kawalan jauh sekiranya ingin menggunakan fungsi tersebut.
Ia turut dilengkapi Penapis Udara PM2.5 Wasabi yang menyingkirkan ***99 peratus 2.5 μm partikel mikroskopik.
Penapis tersebut juga memiliki fungsi antibakteria dan penyahbauan serta digabungkan dengan prapenapisan tahan karat yang tahan lama, mudah dibersihkan, mengelakkan pertumbuhan bakteria dan menghalang debu daripada memasuki unit.
Sistem WiFi pintar
Selain itu, ia juga boleh dikawal dari jarak jauh kerana memiliki kawalan WiFi yang boleh dimuat turun melalui aplikasi airCloud Home.
Pengguna boleh mengawal penyaman udara Hitachi melalui aplikasi airCloud Home yang intuitif walaupun tidak berada di rumah. Teknologi terkini ini akan membantu pengguna jimat tenaga.
Lengkapkan rumah anda dengan penyaman udara Hitachi
Melalui rangkaian penyaman udara Hitachi, anda kini boleh menikmati udara ruangan dalaman yang lebih bersih dan sihat.
KUD yang baik akan memberi kesan kesihatan yang baik kepada pengguna sekaligus menyumbang kepada keselesaan dan kesejahteraan hidup.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyaman udara Hitachi, orang ramai boleh melayarinya di sini.
Nota: Ciri produk mungkin berbeza mengikut model.
*Diuji oleh Kitasato Research Centre for Environment Science, Japan. Test no. 2020_0386: Suppress Virus effect observation test by operating FrostWash™.
**Diuji oleh Kitasato Research Centre for Environment Science, Japan. Test no. 2017_40194: Antibacterial and anti-mold effects when operating FrostWash™ four times.
***Wasabi Air Purifying Filter diuji oleh Hitachi Environmental Test Laboratory.
- Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Mon Jan 24 2022
Ia direka dengan ciri-ciri unik meliputi kecekapan tenaga dipertingkatkan, teknologi pembersihan kendiri dan kawalan WiFi terbina di dalamnya. - Gambar Hitachi
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Capai pengudaraan dan kualiti udara dalaman lebih baik dengan teknologi inovatif penyaman udara
Anda kini boleh menikmati udara ruangan dalaman yang lebih bersih dan sihat.